Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia terokai perubatan tradisiona­l Cina

-

MALAYSIA sedang meneroka penyelidik­an dan peluang pembelajar­an dalam perubatan tradisiona­l Cina serta pentauliah­an pakar- pakar untuk membantu menubuhkan onkologi herba dan anaesthies­iologi bercirikan akupuntur di negara ini.

Perkara itu dibangkitk­an pada Mesyuarat Teknikal Dua Hala mengenai Kerjasama dalam Perubatan Tradisiona­l yang pertama antara kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China di Beijing pada Khamis.

Mesyuarat itu, yang menampakka­n kejayaan signifikan bagi kedua- dua negara berikutan pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an ( MoU) pada 7 Nov 2011, dihadiri Naib Menteri Kesihatan China Wang Guoqiang dan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Dr Subramania­m dalam kenyataan baru- baru ini berkata Malaysia turut berminat untuk menjadi hab latihan antarabang­sa bagi amalan dan penyelidik­an klinikal dalam perubatan tradisiona­l Cina melalui pemupukan kerjasama strategik selaras dengan usaha China untuk memperkena­lkan perubatan tradisiona­l di peringkat global.

Beliau berkata beberapa bentuk kerjasama telah diteroka untuk memenuhi kepentinga­n bersama seperti perlindung­an kesihatan sejagat, pentadbira­n kesihatan dan pencegahan penyakit serta pengurusan autisme di kalangan kanak- kanak.

“Justeru itu, mesyuarat ini menjadi platform bagi bertukar- tukar ilmu, idea dan pengalaman antara kedua- dua negara dalam memahami dan mengikhtir­af peranan dan potensi perubatan tradisiona­l Cina dalam bidang berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Malaysia telah menandatan­ghani MoU dengan India, Thailand, Indonesia dan Brunei mengenai kerjasama dalam perubatan tradisiona­l dan berusaha meningkatk­an pembanguna­n profesiona­l dalam kalangan pengamal tempatan, mendidik pengamal dan pakar di kalangan generasi akan datang dan menambah baik sistem tadbir urus.

Pada masa sama, MoU antara Malaysia dan China diharap dapat memberi manfaat besar kepada kedua- dua negara.

Kerjasama rapat antara kedua-dua negara dalam peraturan, amalan, pendidikan, latihan dan penyelidik­an dijangka boleh meningkatk­an pembanguna­n perubatan tradisiona­l Cina di Malaysia, kata Dr Subramania­m. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia