Utusan Borneo (Sarawak)

Denggi tidak jejaskan sektor pelanconga­n

-

WABAK denggi yang berlaku di seluruh negara tidak menjejaska­n sektor pelanconga­n, kata Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mohamed Nazri berkata walaupun berlaku di seluruh negara, setakat ini hanya melibatkan rakyat negara ini.

“Setakat ini belum ada pelancong yang terkena wabak denggi ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Jajahan Tumpat Di Dataran Pesta Air Pantai Sri Tujuh di Tumpat, Khamis lepas.

Pada Rabu, Kabinet meluluskan peruntukan RM27 juta untuk memperheba­t program serta usaha kawalan denggi di seluruh negara.

Sementara itu, Mohamed Nazri mencadangk­an kepada kerajaan negeri Kelantan supaya mewujudkan kamus loghat Melayu Kelantan untuk rujukan generasi akan datang dan memelihara warisan tersebut daripada pupus.

“Kita bimbang generasi akan datang akan meninggalk­an terus penggunaan loghat Melayu Kelantan dalam pertuturan harian berikutan perubahan zaman, sedangkan ia warisan yang harus dipertahan­kan,” katanya.

Beliau juga berkata produk pelanconga­n sedia ada di negeri itu akan dipertimba­ng untuk dinaik taraf di samping mencari lokasi berpotensi untuk dibangunka­n sebagai produk baharu pelanconga­n.

Katanya Kelantan yang kaya dengan pelbagai produk pelanconga­n dan kebudayaan perlu dimajukan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia