Utusan Borneo (Sarawak)

Peraduan dan menangi hadiah wang tunai di hitz fm, ERA fm Sarawak

-

KUCHING: Dengarkan frekuensi hitz fm dan ERA fm Sarawak setiap hari dan sertai cabaran yang bakal dianjurkan bermula dari 18 hingga 8 September 2014 untuk anda memenangi sebahagian hadiah berbentuk wang tunai.

Terdapat dua cabaran di hitz fm Sarawak. Pertama, cabaran ‘hitz timeline’ yang memerlukan pendengar sentiasa memeriksa ‘timeline’ di fbsarawak. hitz.fm untuk mendapat jawapan dan dengarkan isyarat memanggil dimainkan dan terus hubungi studio hitz fm Sarawak untuk peluang menang wang tunai.

Peraduan bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Cabaran kedua di hitz fm pula, adalah ‘hitz fm Split or Steal’ yang melibatkan dua pendengar yang akan menjawab soalan trivia mudah.

Dalam cabaran ini, peserta akan merebut atau berkongsi hadiah wang tunai antara satu sama lain. Jika tiada peserta yang dapat jawapan yang betul, maka hadiah wang tunai dari keduadua cabaran ini akan terkumpul untuk pemanggil seterusnya.

Bagi ERA fm Sarawak, kali ini akan mencabar pendengar dengan soalansoal­an mudah berkaitan fakta atau auta. Pendengar hanya perlu berikan jawapan betul atau bohong berdasarka­n soalan yang diberikan dan RM500 menanti untuk dimenangi.

Pendengar haruslah menjadi pemanggil terpantas setelah isyarat memanggil dimainkan.

Dengarkan ERA fm Sarawak bermula jam 10 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Jumaat untuk menyertai peraduan ‘Betul Ke Bohong’ mulai Isnin ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai cabaran, dengarkan setiap hari hitz fm Kuching 95.3 FM, hitz fm Miri 105.8FM, ERA fm Kuching 96.1 FM dan ERA fm Miri 101.3FM atau layari fbsarawak.hitz.fm dan fbsarawak.era.fm.

 ??  ?? SELAMAT HARI RAYA: Bob (belakang tiga kiri) bergambar kenangan bersama Azizul dan rakan-rakan yang lain.
SELAMAT HARI RAYA: Bob (belakang tiga kiri) bergambar kenangan bersama Azizul dan rakan-rakan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia