Utusan Borneo (Sarawak)

OME Day Out beri peluang kepada peminat bertemu watak kegemaran

-

KUCHING: Oh My English (OME) Day Out kembali lagi dengan suntikan siaran yang lebih hebat serta menarik apabila siri jelajah itu diperluask­an ke lima lokasi di seluruh Malaysia berbanding satu lokasi sahaja pada tahun lepas.

Ia merangkumi Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dan Lembah Klang.

Astro dalam kenyataan akhbarnya berkata, siri jelajah OME pada kali ini bermula di Southern College, Johor Bahru semalam (16 Ogos).

Jelajah OME Day Out akan diteruskan ke Pulau Pinang pada Ahad, 24 Ogos 2014 bertempat Han Chiang High School dan di UCSI University, Terengganu Campus di Kuala Terengganu pada Sabtu, 27 September 2014.

Di Sarawak, jelajah OME Day Out akan diadakan di Swinburne University, Kuching pada Sabtu, 4 merupakan program yang bertujuan memupuk kesedaran di kalangan pelajar mengenai kepentinga­n untuk menguasai Bahasa Inggeris dan memupuk nilai-nilai murni dengan suntikan hiburan dalam pembelajar­an,” kata kenyataan akhbar.

Sementara itu, program yang terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih yang bermula dari jam 8.30 pagi itu bakal menampilka­n pelbagai aktiviti yang dapat menjana pemahaman selain meningkatk­an keyakinan peserta untuk menggunaka­n bahasa kedua ini dalam perbualan harian.

Ia termasukla­h pengajian drama dan penulisan skrip, bengkel berirama dan aktiviti mencari harta karun.

Markah akan diberikan untuk setiap aktiviti yang dijalani dan peserta berpeluang untuk merebut pelbagai hadiah menarik yang disediakan.

Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk mengenali secara lebih dekat serta berhibur bersama watak-watak kegemaran mereka di dalam siri OME yang akan membuat penampilan istimewa serta sesi beramah mesra bersama peserta OME Day Out.

Siri berkonsepk­an hiburan pendidikan itu memasuki musim yang ketiga dan disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610).

OME Musim Ketiga dibintangi oleh Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Anusha (Kaameshaa), Jojie (Nadiya Nisaa), Putri (Amyra Rosli), guru-guru kesayangan mereka Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Carmen Soo), Cikgu Bedah (Sherry Al Hadad) dan Cikgu Fatimah (Ogy Ahmad Daud), juga tidak dilupakan Rahim R2 yang memegang watak sebagai Sarjan Mejar.

 ??  ??
 ??  ?? AKAN DATANG: OME Day Out akan berkunjung ke Sarawak pada 4 Oktober depan di Swinburne University, Kuching.
AKAN DATANG: OME Day Out akan berkunjung ke Sarawak pada 4 Oktober depan di Swinburne University, Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia