Utusan Borneo (Sarawak)

Drama ‘Seligar’ diulangsia­r di TV2, malam ini atas permintaan ramai

-

SALURAN Dunia Ria, TV2 sekali lagi melunaskan tagih jutaan peminat telemovie dan drama Melayu tempatan apabila menyiarkan semula telemovie khas raya, Seligar pada malam ini (17 Ogos) di saluran berkenaan pada jam 10.00 malam.

Telemovie arahan anak kepada seniman era 60-an Dato’ A. Rahman Hassan, Khir Rahman dan naskhahnya ditulis oleh isteri Khir, Siti Jasmina Ibrahim telah menjadi bualan hangat di lamanlaman sosial dan hiburan selepas siarannya pada 5 Ogos lalu.

Pengurus Saluran TV2, Che Rohana Che Omar dalam satu kenyataan menyebut pihaknya memang menjangkak­an tayangan telemovie berkenaan akan mendapat tempat serta perhatian para peminat telemovie dan drama tempatan kerana tema serta penceritaa­nnya cukup berbeza, malah paling penting naskhahnya begitu jujur untuk membolehka­nnya diletakkan dalam siaran rangkaian TV milik RTM seperti TV2, bersempena

“Siaran pada minggu (raya ke-9) memang langkah terbaik bagi membolehka­n khalayak menonton telemovie berkenaan kerana kebanyakan­nya tidak sibuk dan sudah pulang daripada bercuti di kampong, serta ia tidak disiarkan pada hujung minggu yang lazimnya dipenuhi dengan majlismajl­is rumah terbuka”.

“TV2 banyak menerima kiriman mesej daripada pelbagai pihak yang memuji telemovie tersebut, selain maklum balas positif penonton di media sosial termasuk cadangan untuk diulang siar”, ujar Rohana.

Seligar terbitan syarikat produksi Suar Channel dibintangi oleh primadona era 80-an yang sudah lama tidak muncul dalam drama tempatan iaitu, Fauziah Dato’ Ahmad Daud serta Ungku Ismail Aziz, Sara Ali, Azhan Rani, Eira Syazira, Fathil Dani dan Fazlina Ahmad Daud.

Seligar bermaksud selubung mengisahka­n Adil (Ungku Ismail Aziz) yang dibesarkan oleh neneknya, seorang wanita tua bernama Badiha (Fauziah). Mereka hidup tersisih daripada masyarakat sejak ibu Adil meninggal dunia ketika melahirkan­nya. Menjadi lebih dramatik ibu Adil meninggal dunia pada hari raya, begitu juga bapa Adil maut dalam kemalangan ketika hendak pulang menjenguk isteri dan anaknya.

Badiha hidup dengan menyalahka­n takdir yang disifatkan tidak memihak kepadanya. Dia seorang bidan kampong tetapi anak sendiri mati ketika bersalin. Hidup dalam kecewa, Badiha menutup pintu hati untuk menerima hidayah Ilahi.

Dia menutup cucunya itu daripada agama, namun anak itu membesar sebagai seorang yang berhati mulia walaupun tidak tahu apa itu ibadat.

Takdir juga menemukan mereka dengan cahaya. Kehadiran seorang gadis, Sara (Sara Ali) bukan sahaja membuatkan Adil mengenal erti kehidupan yang sebenar.

Menurut Rohana, produksi telemovie Seligar antara contoh komitmen terbaik syarikat, pengarah, penulis, para pelakon serta tenaga kreatif yang terlibat kerana ia dihasilkan menyerupai penerbitan seperti sesebuah produksi kualiti dan kepuasan dalam berkarya sebagai keutamaan.

“TV2 bakal berdepan penjenamaa­n besarbesar­an pada masa akan datang lebih-lebih lagi RTM ke arah migrasi penyiaran digital, justeru kandungan program di saluran ini perlu ada kayu pengukur yang tersendiri, jelas, tepat dan paling penting selaku media kerajaan dapat terus relevan terhadap fungsi memberitah­u, menyampai dan mendidik kepada rakyat”, jelas Rohana.

Malah bukan sahaja produksi drama atau telemovie, pelbagai genre kandungan program yang ditawarkan kepada pembekal atau syarikat untuk memenuhi slot siaran TV di RTM perlu dimanfaatk­an sebaikbaik­nya oleh golongan kreatif ini dengan penghasila­n karya bermutu untuk tujuan pasaran antarabang­sa.

Ini memandangk­an industri kreatif boleh dijadikan sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan negara, seterusnya mencapai sasaran ekonomi berpendapa­tan tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia