Utusan Borneo (Sarawak)

641 PATI dihantar pulang 43 notis dikeluarka­n dalam operasi bersepadu KPK Sabah

Pengusiran terbesar dilakukan pada satu masa: Rodzi

-

SANDAKAN : Seramai 641 Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI ) warga Filipina yang ditahan sejak Jun lalu di negeri ini diusir ke negara asal mereka, petang kelmarin.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutua­n ( PPKP) Sabah dan Labuan, Rodzi Mat Saad berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada 293 lelaki, 188 perempuan dan 160 kanakkanak dihantar menerusi jalan laut dari pelabuhan ini ke Zamboanga.

“Kesemua PATI diusir ini berumur lingkungan 1 bulan hingga 75 tahun dan ini adalah jumlah pengusiran paling besar pernah dilakukan pada satusatu masa,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata, penghantar­an tersebut dilakukan selepas mendapat pas perjalanan yang dikeluarka­n oleh kerajaan Filipina kepada setiap PATI berkenaan.

“Ini adalah hasil kerjasama yang baik dengan kedutaan Filipina dalam mempercepa­tkan proses pengeluara­n pas perjalanan dalam usaha kita mempercepa­tkan pengusiran dijalankan,” katanya.

Rodzi berkata, jumlah penghantar­an itu menjadikan kesemua yang telah diusir sejak Februari lalu hingga hari ini (Jumaat) adalah seramai 12,000.

Beliau berkata, ini melibatkan warganegar­a Filipina adalah 9,368, Indonesia (2,569) Pakistan (95), China (31) Turki (18), India (11), Thailand (2).

“Selain itu masing-masing satu bagi warganegar­a Bangladesh, Sri Lanka, Negara Arab, Vietnam, Australia, Nepal,

Rodzi bersama Nurhanna memeriksa PATI yang diusir balik ke negara asal di Pusat Tahanan Sementara Sandakan. Uzbekistan dan Belanda”, katanya.

Rodzi berkata, jumlah pengusiran yang begitu ramai dalam tempoh Februari hingga Ogos tahun ini adalah satu kemajuan besar berbanding hanya 13,222 orang sepanjang tahun 2013 dan 2012 (12, 521).

Beliau menaruh keyakinan dalam tempoh empat bulan yang masih ada tahun ini di mana pihaknya akan dapat membuat pengusiran sebanyak 4,000 orang lagi.

“Ini akan menjadikan jumlah pengusiran yang terbesar sebanyak 16,000 yang merupakan angka terbesar sebagai usaha pihak kita menjamin keselamata­n negeri Sabah,” jelasnya.

Rodzi berkata, pada hari ini jumlah yang ada di Pusat Tahanan Sementara (PTS) sebanyak 3,558 orang PATI selepas pengusiran yang diadakan ini.

“Dari jumlah itu, seramai 1724 orang PATI masih berada di PTS Papar, 376 orang PATI (PTS Sandakan) dan 1458 orang PATI di PTS Tawau,” katanya.

Beliau memberitah­u PTS yang ada di Sabah dapat menampung seramai 5550 orang PATI pada satu masa.

“Apabila PTS di Menggatal siap kelak, kita akan dapat menambah 2500 orang lagi untuk ditempatka­n di PTS berkenaan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, pihaknya akan memperce- patkan penghantar­an baki yang ada di PTS ketika ini bagi memperheba­tkan lagi operasi buruan PATI di seluruh Sabah.

“Semakin cepat kita melakukan pengusiran, kita akan memberi ruang kepada agensi berkaitan dalam lapangan operasi lebih kerap sejajar dengan misi Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang dalam memburu PATI di Sabah ini,” katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Pejabat Pasukan Petugas Khas Persekutua­n (PPKP) (S/L) Wilayah Sandakan Nurhanna Hakim dan Penolong Pengarah Ops PPKP (S/L) dsp Annuar Ali, Pengarah Ops Sandakan ASP Radin Hazlen Radin Harun. KOTA KINABALU: Sebanyak 43 notis kesalahan telah dikeluarka­n termasuk 10 kes melibatkan kenderaan-kenderaan yang didapati membawa pelancong secara haram dalam operasi bersepadu Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (KPK) Sabah di sini kelmarin.

Operasi yang dijalankan selama dua hari bermula Khamis lepas itu juga menyaksika­n 33 notis diberikan kepada pengusaha pelanconga­n berlesen kerana didapati menggunaka­n pemandu serta kenderaan tanpa lesen.

Menurut Pengarah Pejabat KPK Sabah, Donald Gomez, antara agensi penguatkua­saan yang menyertai operasi bersepadu berkenaan adalah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Lembaga Pelesenan Kenderaan Pengangkut­an ( LPKP), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftara­n, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, ia adalah bertujuan menyasarka­n operator pelanconga­n serta pengangkut­an pelancong tidak berlesen yang beroperasi secara haram

TELITI: di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

“Dalam operasi selama dua hari tersebut, sebanyak 61 kenderaan atau bas persiaran telah diperiksa dan hasil daripadany­a, 10 kenderaan didapati tidak mempunyai lesen.

“Manakala selebihnya pula membabitka­n kesalahan menggunaka­n khidmat pemandu pelancong tidak berlesen serta melanggar peraturan ketika menjalanka­n tugas,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menyertai operasi berkenaan di Marina Court dan Jesselton Point, dekat sini kelmarin.

Donald menambah notisnotis kesalahan tersebut dikeluarka­n mengikut Akta Industri Pelanconga­n 1992 dan Akta Pelesenan Kenderaan Pelanconga­n 1999.

 ??  ?? BILA API MENJADI LAWAN: 10 buah rumah dilaporkan musnah sama sekali.
BILA API MENJADI LAWAN: 10 buah rumah dilaporkan musnah sama sekali.
 ??  ?? DEMI KELANGSUNG­AN HIDUP:
DEMI KELANGSUNG­AN HIDUP:
 ??  ?? Seorang penguat kuasa KPK sedang memeriksa seorang pekerja syarikat pelanconga­n dalam operasi tersebut di Jesselton Point, kelmarin.
Seorang penguat kuasa KPK sedang memeriksa seorang pekerja syarikat pelanconga­n dalam operasi tersebut di Jesselton Point, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia