Utusan Borneo (Sarawak)

Kekejaman Perang Dunia Kedua jadi peringatan kepada masyarakat

-

SANDAKAN: Kekejaman yang berlaku ketika Perang Dunia Kedua dahulu, menjadi peringatan kepada masyarakat hari ini mengenai betapa pentingnya keamanan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, di beberapa tempat lain di dunia ini, peperangan dan penindasan telah menjadi perkara biasa.

Katanya, masyarakat dunia lain hanya mampu berdoa agar perbuatan berkenaan yang banyak mengorbank­an nyawa mereka yang tidak berdosa, akan berakhir.

Beliau berkata demikian pada ‘Sandakan Day Memorial Service’ 2014 di Taman Peringatan Sandakan, Batu 7 di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri TugasTugas Khas, Datuk Teo Chee Kang.

Menurut beliau, Taman Peringatan Sandakan memegang sejarah bersama dan pengorbana­n mereka yang berjuang demi kemerdekaa­n tidak akan dilupakan.

Meskipun berdekad telah berlalu sejak Perang Dunia Kedua, namun masyarakat hari ini masih memperinga­ti mereka yang terkorban ketika berkhidmat dalam tempoh berkenaan.

“Hari ini, kita memperinga­ti mereka yang telah gugur…mereka yang meninggalk­an rumah jauh beribu batu dan tidak pernah kembali kepada orang yang tersayang. Keluarga kehilangan anak dan ayah, dan keperitan daripada tragedi itu akan sentiasa tersemat di hati.

“Ia berlaku di Sandakan dan ketika melalui laluan sukar ke Ranau di mana mereka telah terkorban. Komuniti setempat juga menderita dan ramai yang mengambil risiko untuk membantu askar daripada Tentera Bersekutu, bagaimanap­un mereka juga turut terkorban,” jelasnya.

Diadakan pada 15 Ogos setiap tahun, majlis itu bagi memperinga­ti wira-wira Australia selain tawanan perang British yang menderita dan terkorban semasan perarakan maut dari Sandakan ke Ranau pada 1945.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith dalam ucapannya berkata, Sandakan menjadi salah satu bahagian penting dalam sejarah ketenteraa­n di antara Australia dan Malaysia.

Katanya, anggota pasukan pertahanan Malaysia dan Australia juga bekerjasam­a dan berganding bahu dalam pencarian MH370, sehingga kini.

“Kini, jalinan Australia dan Sabah diperluas meliputi bidang pendidikan, pelanconga­n, perdaganga­n dan juga pelaburan. Jalinan ini, di antara penduduk dan negara kita, akan terus diperkukuh oleh masa lalu kita,” jelasnya.

Majlis memperinga­ti itu turut dihadiri oleh wakil Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia, Kapten Kent Taylor, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamuntin­g Charlie O Pang, ADUN Kuamut Masiung Banah serta Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong. TAWAU: Kira-kira 50 penduduk Kg Pasir Putih Baru kehilangan tempat tinggal dalam insiden kebakaran yang menyaksika­n 10 rumah musnah sama sekali di sini kelmarin.

Sebuah kereta pacuan empat roda juga rentung, selain tiga rumah dan dua kenderaan yang turut disambar api, namun sempat diselamatk­an atas tindakan nekad penduduk kampung.

Empat lagi motosikal turut rentung dalam insiden ini, namun tidak ada sebarang kes kehilangan nyawa ataupun kecederaan yang dilaporkan berlaku.

Kebakaran ini difahamkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semasa umat Islam sedang bersiap untuk menuju ke masjid menunaikan solat Jumaat.

Menurut salah seorang mangsa, Khadijah Masse, 23, kejadian itu hanya disedariny­a berlaku semasa dia sedang mandi di bilik mandi rumahnya.

“Saya terhidup bau asap semasa sedang mandi, dan sebaik membuka pintu bilik air saya terkejut apabila mendapati asap sudah berkepul-kepul di dalam rumah.

“Saya melihat ada percikan api dari wayar di bahagian dapur, dan kerana panik saya terus berlari mendapatka­n telefon bimbit dan menghubung­i bapa saya,” katanya.

Khadijah turut berusaha menyelamat­kan dokumen-dokumen penting keluargany­a bersama ibunya, tetapi gagal kerana asap yang begitu tebal di rumahnya.

“Penduduk kampung juga membantu menyelamat­kan kereta saya, namun gagal kerana wayar elektrik yang jatuh,” katanya.

Beliau berkata sebelum insiden itu, dia baharu sahaja balik dari bertugas di sebuah tadika dan tinggal di rumah itu bersama enam ahli keluargany­a yang lain.

Mengulas lanjut, beliau reda dengan insiden yang menimpa mereka sekeluarga dan berdoa semoga tidak ada lagi insiden serupa berlaku di kampung itu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Rahman Suali, 57, berkata kejadian terbabit berlaku semasa dia dan jirannya ( Rasman) sedang mencuci kereta di bawah rumah.

“Tiba-tiba kami ternampak api dari rumah jiran yang tidak jauh dari rumah, dan saya terus masuk ke dalam rumah untuk menyelamat­kan barang dan dokumen penting.

“Saya juga sempat membantu Rasman memindahka­n dua kenderaan mereka ke tempat yang selamat sebelum membantu jiran-jiran lain memadam kebakaran,” katanya.

Dalam insiden terbabit, rumah Rahman terselamat walaupun sempat disambar api hasil usaha bersama antara pasukan bomba dan penduduk kampung yang memadamkan api.

Saiful Sudin, 25, pula berkata semasa kejadian dia berada di tempat kerjanya dan sedang bersiap sedia untuk keluar menunaikan Solat Jumaat di masjid.

“Namun, kira-kira jam 12 tengah hari saya ternampak di Whatsapp yang mengatakan rumah jiran saya terbakar, kemudian abang (Rasman) menghubung­i saya.

“Saya terus bergegas pulang selepas abang memberitah­u rumah kami turut terbakar, dan apabila sampai saya dapati tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan lagi,” katanya.

Ketua Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau Faisal Ahmad yang ditemui berkata pasukannya menerima panggilan pada jam 11.34 pagi dan tiba jam 11.46 pagi.

Pasukannya tiba dengan kekuatan 21 anggota, tiga jentera dan dua utiliti, namun mengakui berhadapan kesukaran kerana pintu masuk ke kampung dihadang pagar.

“Kami terpaksa berpatah balik untuk ke lokasi kejadian,” katanya sambil mengesahka­n 16 anggota Jabatan Pertahanan Awam dan lapang anggota polis turut membantu di lokasi kejadian.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Panglima Ghapur Salleh menyerahka­n sumbangan kilat RM1, 000 kepada setiap keluarga mangsa yang disampaika­n melalui Naib Presiden UMNO Kalabakan Ismail Ait.

 ??  ?? DIKENANG: Barisan tetamu pada ‘Sandakan Day Memorial Service’ di Sandakan, kelmarin.
DIKENANG: Barisan tetamu pada ‘Sandakan Day Memorial Service’ di Sandakan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia