Utusan Borneo (Sarawak)

Mantapkan kualiti perkhidmat­an untuk rakyat

-

KOTA KINABALU: Kesemua anggota polis di negeri ini diingatkan untuk terus memperting­katkan daya perkhidmat­an bagi menaikkan imej pasukan keselamata­n itu di hati rakyat.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga, beliau tidak mahu sebarang anasir yang mampu menjejaska­n kredibilit­i pasukan serta persepsi ramai.

“Kita perlu mengubah persepsi masyarakat terhadap intitusi kepolisan di negeri ini bagi menaikkan imej pasukan keselamata­n dengan meman- tapkan kualiti perkhidmat­an demi rakyat.

“Sebagai contoh, rata-rata masyarakat mengingink­an polis sentiasa dekat dengan mereka dan kita mahu perkara ini terus direalisas­ikan dalam usaha kita membantera­s jenayah serta menjaga keamanan sejagat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena majlis penyerahan tugas Ketua Polis Kota Kinabalu di antara Asisten Komisioner Jauteh Dikun dan Asisten Komisioner M.Chandra di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kina- balu, kelmarin.

Jauteh yang merupakan bekas Ketua Polis Kota Kinabalu sejak tahun 2012 akan menggalas jawatan baharu sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontijen Sabah (Siasatan dan Perundanga­n) berkuat kuasa sejak 11 Ogos lepas.

Sementara itu, Jauteh dalam ucapannya menggesa seluruh warga IPD Kota Kinabalu untuk tidak membeza-bezakan struktur pemerintah­an Ketua Polis Daerah yang lama atau baharu supaya tidak mewujudkan kelompok- kelompok kumpulan tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia