Utusan Borneo (Sarawak)

MAS perlu muncul sebagai entiti lebih mantap: Rafidah

Penyusunan semula perlu dilakukan secara menyeluruh

-

KUALA LUMPUR: Sekarang adalah masa yang sesuai untuk Malaysia Airlines (MAS) menstrateg­i, menstruktu­r dan menyusun semula syarikat itu menerusi penyahsena­raian dan pengambila­lihan sepenuhnya syarikat penerbanga­n yang sedang ‘sakit’ itu oleh Khazanah Nasional Bhd.

Bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz bagaimanap­un berkata Khazanah Nasional tidak dapat mengembali­kan kedudukan MAS untuk mencatat keuntungan dengan cepat selepas penyusunan semula itu memandangk­an wujud ketidakten­tuan dalam pasaran antarabang­sa selain persaingan sengit dalam industri penerbanga­n.

Beliau berkata objektifny­a adalah untuk mewujudkan syarikat yang lebih kukuh, entiti lebih mantap yang memenuhi jangkaan industri penuh dengan persaingan sengit.

Kelebihan bagi cabang pelaburan kerajaan itu dengan menguasai 100 peratus MAS ialah ia mempunyai kebebasan dalam memulihkan MAS secara menyeluruh, intensif dan meluas.

“Ini perlu dilakukan tanpa kawal aturan dan peraturan lain, jika ia masih sebuah syarikat senaraian awam, langkah yang penting memandangk­an pada pendapat saya MAS mesti kekal menjadi kebanggaan negara.

“Kita mesti membawanya ke tahap yang membolehka­n kita berbangga terhadap MAS sebagai syarikat penerbanga­n. Kita sudah terbiasa dengannya, terutama generasi saya,” kata Rafidah kepada Bernama ketika mengulas mengenai perkembang­an terkini MAS.

Khazanah Nasional dijangka membayar 27 sen sesaham atau RM1.38 bilion untuk mengambil alih baki 30.6 peratus saham yang tidak dimilikiny­a dalam MAS.

Ditanya mengenai harga yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti itu, Rafidah enggan mengulas, namun berkata Khazanah Nasional sudah semestinya menjalanka­n penyelidik­an ke atas nilai yang ditawarkan­nya dan orang ramai tidak perlu memperkata­kannya.

Rafidah yang juga Pengerusi AirAsia X Bhd berkata rancangan untuk menyahsena­rai dan membeli semula saham MAS merupakan langkah pertama yang besar dan penting.

Penyusunan semula perlu dilakukan secara menyeluruh supaya ia boleh disepaduka­n dalam entiti yang memberi perkhidmat­an bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada dunia.

Bagaimanap­un, pemulihan dari segi kewangan tidak dijamin sepenuhnya memandangk­an industri penerbanga­n sangat kompetitif seperti yang dibuktikan oleh syarikat penerbanga­n tambang rendah yang menembusi industri itu secara besar- besaran, katanya.

Ini diburukkan lagi oleh ketidakten­tuan kos disebabkan oleh peningkata­n kos bahan api jet.

Berdasarka­n senario ini, beliau berkata ia menjadi lebih mudah untuk memahami dan menerima hakikat jika MAS rugi berdasarka­n faktor-faktor pasaran dan bukan disebabkan kelemahann­ya sendiri.

MAS mencatat kerugian bersih sebanyak RM433 juta dalam suku pertama tahun ini, 59 peratus lebih daripada RM279 juta kerugian yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Selain kerugian kewangan, syarikat penerbanga­n nasional itu juga mengalami dua tamparan hebat apabila MH370 Boeing 777 hilang pada 8 Mac dan MH17 B777 lain ditembak jatuh di zon perang di timur Ukraine pada 17 Julai.

Rafidah berkata bidang yang perlu diteliti bagi mencergask­an semula MAS termasuk struktur kewangan, pengurusan organisasi selain strategi perniagaan­nya.

Mengenai cadangan MAS menjalanka­n operasi syarikat penerbanga­n kos rendang, beliau berkata: “Langkah itu tidak bagus untuk MAS, kerana anda boleh serahkan penerbanga­n kos rendah kepada operator kos rendah. MAS perlu kekal sebagai model syarikat penerbanga­n legasi, dan mengkaji semula semua perniagaan yang dijalankan, selain perniagaan terasnya, bagi meningkatk­an keuntungan.”

Beliau berkata MAS juga perlu melihat hubungan antara perniagaan teras dengan perniagaan lain yang dijalankan­nya bagi menilai sama ada sebahagian operasinya perlu disumberlu­arkan atau dibubarkan.

Beralih kepada kesatuan sekerja MAS, Rafidah berkata tiada apa yang salah mengenainy­a, namun mungkin kesatuan perlu memahami kedudukan MAS dan arah tujunya.

“Kesatuan perlu menerima apa sahaja perubahan yang perlu dilakukan (untuk mencatat keuntungan) kerana tindakan itu sangat penting,” kata Rafidah.

Beliau berkata urusan yang menjangkau­i kawalan MAS seperti peningkata­n kos bahan api dan caj lapangan terbang tidak boleh dipertikai­kan.

“Apa yang dalam kawalan kita, kita boleh kawal, dan kita tambah untuk membantu untuk memulihkan dan mengekalka­n pertumbuha­n hasil dan keuntungan.

“Tiada siapa harus menjangkak­an MAS mencatat keuntungan sebaik sahaja ia disusun semula memandangk­an industri penerbanga­n tidak memperoleh keuntungan segera.

“Jangan mengharapk­an Khazanah Nasional dapat memulihkan MAS secara itu, kerana MAS bukan kilang,” katanya sambil menekankan bahawa industri penerbanga­n sangat kompetitif, sama ada ia syarikat penerbanga­n legasi atau syarikat penerbanga­n kos rendah.

“Inovasi perlu dilakukan dengan betul, yang melibatkan penstruktu­ran dan penyusunan semula, sama ada lebih kukuh di peringkat atasan atau terlalu ramai pekerja. Kita perlu kukuhkanny­a untuk melihat kemungkina­n menyumber luar perkhidmat­an, sama da berkesan dari segi kos untuk menggabung­kannya atau mengurusny­a sendiri,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRASMIKAN: Chua (kanan) merasmikan Buku Panduan‘Goods and Services Tax (GST) for Businesses’ dan seminar GST yang di anjurkan Oleh Kastam Diraja Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad...
— Gambar Bernama DIRASMIKAN: Chua (kanan) merasmikan Buku Panduan‘Goods and Services Tax (GST) for Businesses’ dan seminar GST yang di anjurkan Oleh Kastam Diraja Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia