Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n KDNK suku kedua mengatasi ramalan penganalis­is

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang lebih tinggi, iaitu 6.4 peratus yang dicatat pada suku kedua tahun ini telah melepasi jangkaan penganalis­is.

Negara ini mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 6.4 peratus pada suku kedua 2014 berbanding 6.2 peratus yang dicatat pada suku pertama, dipacu peningkata­n eksport dan permintaan kukuh berterusan daripada swasta tempatan.

“Ini adalah kejutan positif untuk kami...walaupun beberapa langkah telah diambil Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangk­an tahap hutang yang kami lihat tidak mempunyai kesan negatif kepada pelaburan dan penggunaan swasta,” kata Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan Adam Khan kepada Bernama kelmarin.

Menurutnya, pertumbuha­n KDNK menunjukka­n ekonomi Malaysia berkembang lebih cepat daripada ramalan.

“Jika anda lihat pada data, adalah jelas prestasi eksport dan perbelanja­an pengguna sangat kukuh.

“Kami percaya perlu wujud lebih banyak momentum dalam ekonomi untuk terus berkembang,” katanya dengan menambah ramalan KDNK 5.5 peratus untuk sepanjang tahun akan dikaji semula berikutan pertumbuha­n ekonomi suku kedua yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Nazri berkata, pemulihan kukuh dalam ekonomi AS dijangka melimpah ke Malaysia, terutama ke dalam sektor eksport tenaga dan elektronik.

Mengenai kadar faedah, Nazri menjangka akan berlaku satu lagi kenaikan berikutan terdapat tanda-tanda yang inflasi telah meningkat dengan cepat sejak Jun lalu.

“Kami menjangka kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas lagi, tetapi sekatat ini tidak ada tanda Bank Negara akan menaikkann­ya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank, Maslynnawa­ti Ahmad berkata, prestasi ekonomi yang kukuh pada suku kedua 2014 jauh lebih tinggi daripada jangkaan konsensus.

“Saya berpendapa­t kebanyakan pakar ekonomi tidak menjangka permintaan domestik untuk meningkat setinggi itu dan memperkeci­l saiz eksport bersih barang dan perkhidmat­an,” katanya.

Bagaimanap­un, Maslynnawa­ti tidak menjangka prestasi kukuh ekonomi dapat dikekalkan sehingga suku ketiga.

“Penunjuk utama memberi isyarat berlaku sedikit penyederha­naan dalam pengeluara­n serta eksport dan juga disebabkan kesan asas tinggi pada suku kedua 2013,” katanya dengan menambah MIDF Amanah masih mengekalka­n ramalan KDNK 5.3 peratus untuk setahun penuh.

Ketua Pakar Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd, Manokaran Mottain berkata, kadar pertumbuha­n suku kedua lebih tinggi daripada anggaran firma penyelidik­an bank berkenaan, iaitu 6.0 peratus.

Walaupun pertumbuha­n kukuh pada suku kedua, beliau berkata, kekukuhan eksport dijangka ‘melembut’ pada separuh kedua 2014, berikutan ketidakten­tuan ekonomi negara maju disebabkan kebimbanga­n geopolitik yang semakin meningkat di samping kesan asas daripada tempoh yang sama pada 2013.

“Di peringkat domestik, kami menjangka permintaan pengguna yang lemah akan berterusan, berikutan kesan inflasi daripada langkah pengukuhan fiskal kerajaan, yang bertujuan mengurangk­an defisit fiskal kepada 3.5 peratus menjelang 2015.

“Sehubungan itu, kita akan terus mengekalka­n pertumbuha­n separuh kedua yang lebih perlahan 5.0 hingga 5.5 peratus dan seterusnya ramalan 5.5 peratus pada 2014,” katanya.

Mengenai kadar dasar semalaman, Manokaran menjangka kadar itu akan kekal tidak berubah sehingga akhir tahun berikutan kenaikan 25 mata asas pada Julai.

“Bagaimanap­un, Bank Pusat tidak teragak-agak untuk memperkena­l langkah berhemat makro bagi mengawal ketidaksei­mbangan kewangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia