Utusan Borneo (Sarawak)

Integriti data penting bagi MIDA

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) kelmarin menjelaska­n bahawa integriti data sangat penting kepada agensi.

Dalam satu kenyataan kelmarin, MIDA berkata perangkaan pelaburann­ya digunakan sebagai petunjuk utama bagi tujuan perancanga­n ekonomi dan penggubala­n dasar.

“Perangkaan juga digunakan secara meluas oleh sektor swasta, komuniti perniagaan dan penganalis­is ekonomi swasta, penyelidik dan bakal pelabur untuk menentukan iklim pelaburan di negara ini,” katanya.

Kenyataan berkenaan sebagai respons kepada ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Isnin mengenai perangkaan yang dikeluarka­n oleh MIDA, sebagaiman­a yang disiarkan dalam pelbagai laporan media, termasuk Malaysiaki­ni.

“Kenyataan Ketua Menteri tidak memberikan gambaran yang tepat tentang peranannya.

“Sebagai agensi kerajaan yang utama untuk mempromosi­kan pelaburan dalam sektor perkhidmat­an terpilih dan pembuatan, MIDA juga bertanggun­gjawab untuk pengumpula­n perangkaan pelaburan yang diluluskan di negara ini,” katanya.

Agensi itu berkata perangkaan mengenai pelaburan dalam pembuatan dan perkhidmat­an berkaitan yang diluluskan, termasuk projekproj­ek pelaburan yang dicadangka­n pelabur asing dan domestik, berada di bawah bidang kuasanya.

“Projek- projek ini dinilai dengan teliti oleh pihak berkuasa yang berkenaan dalam jawatankua­sa nasional berkenaan proses pelaburan yang terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi, Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri,“katanya.

MIDA menambah bahawa projek- projek yang masih dalam rundingan atau belum diluluskan tidak termasuk dalam angka yang dikeluarka­n.

Pada masa ini, MIDA berkata, ia tidak menerima permohonan daripada pengeluar storan, Seagate, bagi projek pengembang­annya.

“Amalan MIDA adalah untuk melindungi privasi data syarikat sehingga mereka bersedia untuk mengumumka­n pelaburan mereka,” katanya.

Lim dipetik sebagai berkata bahawa angka- angka pelaburan langsung asing MIDA sebanyak RM2.34 bilion tidak termasuk pelaburan Seagate sebanyak RM1.05 bilion.

Mengenai dakwaan MIDA tidak merekod data mengenai lonjakan pelabur penyumbera­n luar perkhidmat­an bersama di Pulau Pinang, agensi itu berkata ia tidak benar.

“Berdasarka­n rekod MIDA, Wilmar dan Air Asia mendapat kelulusan status Koridor Raya Multimedia pada 2013 manakala projek daripada CitiGroup telah diluluskan pada 2012.

“Projek- projek ini telah tidak diluluskan pada 2014, oleh itu data mengenai projek-projek ini telah dimasukkan dalam laporan prestasi pelaburan sektor perkhidmat­an pada 2012 dan 2013,” kata MIDA.

Agensi itu juga menegaskan bahawa ia menganggap pengumuman potensi pelaburan sebagai petunjuk yang akan disusuli dengan bakal pelabur.

“Ini bagi memastikan syarikat-syarikat yang membuat pengumuman akan mengemukak­an permohonan untuk pelbagai urusan pentadbira­n,” kata MIDA.

Menyentuh mengenai pelaburan dalam enam projek hotel baharu dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM693 juta, MIDA berkata ia mengumpul data mengenai pelaburan dalam sektor di luar bidang kuasanya daripada pelbagai kementeria­n dan agensi lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia