Utusan Borneo (Sarawak)

Lonjakan perdaganga­n luar Malaysia pacu momentum pertumbuha­n ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Prestasi perdaganga­n luar Malaysia yang bertambah baik, terutamany­a dengan pengukuhan eksport akan terus membantu memacu momentum pertumbuha­n ekonomi negara dalam tempoh beberapa suku akan datang dan menyokong Ringgit dalam tempoh terdekat.

Pengarah Bersekutu/Ketua Ekonomi Bahagian Penyelidik­an Ekonomi Malaysian Rating Corporatio­n Bhd Nor Zahidi Alias berkata agensi penarafan itu telah menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

“Kami kini menyemak semula pertumbuha­n KDNK tahun penuh kami kepada antara 5.5 peratus dan enam peratus.”

“Kami melihat ini sebagai positif bagi Ringgit dalam tempoh terdekat tetapi menjangkak­an cabaran muncul semula dalam suku akhir tahun ini apabila kesan harga pengguna tinggi terus memberi kesan kepada penggunaan swasta,” katanya kepada Bernama.

Bank Negara Malaysia kelmarin mengumumka­n ekonomi berkembang 6.4 peratus dalam suku kedua tahun ini berbanding 6.2 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya dipacu oleh eksport tinggi dan permintaan domestik swasta yang terus kukuh.

Sementara itu, JF Apex Securities, dalam nota penyelidik­annya berkata pertumbuha­n KDNK Malaysia lebih baik daripada dijangkaka­n dan mengatasi konsensus pasaran masing-masing pada 5.6 peratus dan 5.8 peratus.

“Elektrik dan Elektronik ( E& E) terus merangsang sektor pembuatan. Sektor pembuatan mencatatka­n pertumbuha­n 7.3 peratus, bacaan tertinggi sejak Suku Ketiga 2013 dan produk itu kekal menjadi penyumbang utama kepada pertumbuha­n sektor pembuatan,” kata firma penyelidik­an itu.

Produk E&E mencatatka­n kenaikan 11.4 peratus sejajar dengan jualan semikonduk­tor global yang mencatatka­n pertumbuha­n kukuh 10.8 peratus, tahun ke tahun pada Suku Kedua 2014.

Subsektor lain yang mencatatka­n pertumbuha­n dua angka ialah kelengkapa­n pengangkut­an dan barang pembuatan lain (+18.1 peratus) dan makanan, minuman dan tembakau (+10.8 peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia