Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket paksa pelajar sekolah derma darah

-

BEIJING: Pihak polis menahan tujuh orang di barat laut China yang disyaki terlibat dalam skim yang memaksa pelajar sekolah menderma darah, lapor media negara.

Mereka yang ditahan ialah Huang, timbalan ketua sebuah tabung darah dijalankan syarikat di wilayah Gansu, dan enam lelaki yang menganggur, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan lewat kelmarin.

Syarikat Lanzhou Institute of Biological Products di bandar Wuwei adalah salah satu pengeluar produk darah utama di China, menurut laporan.

Menurut laporan, rakan Huang bernama Zhang dan beberapa rakan Zhang memaksa pelajar sekolah rendah dan menengah untuk pergi ke pusat itu untuk menderma darah, kata Xinhua, memetik kata seorang pegawai biro keselamata­n umum di Daerah Liangzhou di Wuwei.

Darah boleh didermakan secara sah di China dari usia 18 hingga 55 tahun, menurut Xinhua.

Sekurang-kurangnya lapan pelajar, berusia 10 hingga 16 tahun, dipaksa menderma darah sekurang-kurangnya sekali sebulan selama tujuh bulan, menurut pegawai itu, dengan kumpulan tersebut mendapat 6,250 yuan (RM3,300).

Suspek akan menggunaka­n kad pengenalan palsu di pusat itu untuk berpura-pura bahawa penderma adalah orang dewasa, menurut pegawai itu.

Radio Nasional China memetik Li Yongming, pegawai propaganda bagi polis Wuwei, sebagai menyatakan bahawa jumlah kanak-kanak dan perolehan kewangan yang terlibat dipercayai lebih banyak lagi.

Pusat darah di China harus menggandak­an pemeriksaa­n terhadap identiti penderma sebelum mengambil darah, menurut laporan.

Huang, timbalan ketua pusat tersebut, memberitah­u polis dia terdesak untuk menambahka­n jumlah penderma dan mendapatka­n bantuan Zhang, kata Xinhua.

Kumpulan itu memukul kanak-kanak untuk memaksa mereka bekerjasam­a dan skandal terbongkar apabila seorang daripada mereka mendapatka­n bantuan ibu bapanya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BUKAN MUSUH: Anggota tentera Rusia dalam sebuah kereta perisai mengetuai konvoi kenderaan tentera yang melalui sebatang jalan raya di pinggir KamenskSha­khtinsky, wilayah Rostov kelmarin.
— Gambar Reuters BUKAN MUSUH: Anggota tentera Rusia dalam sebuah kereta perisai mengetuai konvoi kenderaan tentera yang melalui sebatang jalan raya di pinggir KamenskSha­khtinsky, wilayah Rostov kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia