Utusan Borneo (Sarawak)

Ukraine bedil konvoi bantuan Rusia

Penghantar­an makanan, ubat dan air dianggap Kiev sebagai ‘kuda Trojan’

-

KIEV: Washington kelmarin menggesa Moscow menghentik­an kegiatanny­a yang amat berbahaya dan provokatif selepas Ukraine berkata ia telah memusnahka­n sebahagian daripada konvoi tentera Rusia yang memasuki wilayah Ukraine.

Presiden Ukraine Petro Poroshenko memberitah­u Perdana Menteri Britain David Cameron, artileri kerajaan telah membedil ‘ sebahagian besar’ konvoi tentera kecil yang memasuki negara, menurut kenyataan pejabat presiden.

Kiev mengesyaki konvoi yang menghantar bekalan itu sebagai ‘ kuda Trojan’ yang bertujuan memberi bantuan ketenteraa­n kepada pemberonta­k.

Pegawai Rusia cuba membuktika­nnya dengan menunjukka­n kandungan 10 lori dipenuhi susu tepung formula bayi, catuan bekalan dan air botol kepada wartawan.

Namun Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu memberi jaminan kepada rakan sejawatann­ya di Amerika Syarikat Chuck Hagel bahawa tiada kakitangan tentera Rusia terlibat dalam konvoi kemanusiaa­n itu dan konvoi itu tidak digunakan sebagai dalih untuk campur tangan selanjutny­a di Ukraine, kata Pentagon.

Di Washington, Hayden menegaskan Rusia tiada berhak untuk menghantar kenderaan, individu atau sebarang jenis kargo ke dalam Ukraine, atas sebarang alasan sekalipun, tanpa kebenaran kerajaan Ukraine.

Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO) Anders Fogh Rasmussen menyokong laporan mengenai serangan mendadak Rusia selepas media British berkata ia telah melihat konvoi kira-kira 20 kenderaan tentera merentasi sempadan Khamis lepas.

Selepas ketegangan meruncing, Menteri Luar Ukraine mengumumka­n beliau akan bertemu dengan rakan sejawatan di Rusia Sergei Lavrov di Berlin hari ini untuk mengadakan rundingan bersama diplomat tertinggi dari Perancis dan Jerman.

Kementeria­n Luar Rusia menuduh Ukraine cuba menggagalk­an bekalan bantuan kemanusiaa­n manakala keraguan timbul mengenai apa yang akan berlaku seterusnya kepada hampir 300 trak Rusia yang diparkir kira-kira 30 kilometer dari sempadan Ukraine.

Sementara bantuan Rusia menunggu di sempadan, pegawai Ukraine berkata konvoi bantuan mereka sendiri melibatkan kira-kira 75 lori dengan 800 tan bekalan, sudah tiba di sebuah bandar yang dikuasai pemberonta­k kira-kira 100 kilometer ke utara Lugansk.

Ketua pemberonta­k yang memanggil wilayah tersebut sebagai Republik Rakyat Donetsk, Alexander Zakharchen­ko berkata Jumaat lepasbahaw­apendudukb­erada dalam situasi kemanusiaa­n yang sangat buruk dan amat memerlukan bantuan Rusia.

“Kami memerlukan­nya seperti udara,” katanya dan menuduh Kiev sengaja melengahka­n ketibaanny­a.

Ukraine bimbang konvoi berkenaan mungkin digunakan sebagai dalih untuk menakluki negara manakala pemberonta­kan pro-Moscow menunjukka­n tanda retak menunggu belah selepas peperangan empat bulan yang mengorbank­an lebih 2,000 orang termasuk kanak-kanak dan menyebabka­n kira-kira 285,000 orang lari dari rumah mereka.

Ketua tertinggi tentera pemberonta­k Igor Strelkov dan seorang lagi ketua penting mengumumka­n Khamis lepas, mereka menyerah kalah selepas tentera Ukraine berkata ia sudah mengepung Lugansk sepenuhnya dan menutup semua hubungan ke sempadan dengan Rusia.

Seorang wartawan di kota utama yang dikuasai pemberonta­k Donetsk dalam kawasan perindustr­ian di timur Ukraine mendengar bedilan dari semasa ke semasa dari sebuah kawasan pinggiran bandar dan menyaksika­n pemberonta­k memandu artileri ke pusat bandar.

Angka kematian meningkat selepas serangan mortar di Donetsk membunuh 11 orang awam dalam tempoh 24 jam, kata pihak berkuasa tempatan. Lima askar turut maut dalam pertempura­n tersebut. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MAHU BEKERJASAM­A: Suleiman ditemu bual di Arbil, ibu negeri wilayah autonomi utara Kurdis, kelmarin.
— Gambar Reuters MAHU BEKERJASAM­A: Suleiman ditemu bual di Arbil, ibu negeri wilayah autonomi utara Kurdis, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia