Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja dibunuh didapati suspek rompakan

-

FERGUSON: Remaja kulit hitam tidak bersenjata yang telah ditembak mati seorang anggota polis kulit putih dalam kejadian yang menimbulka­n rusuhan di sebuah pekan Missouri adalah seorang suspek dalam satu rompakan hanya beberapa minit sebelum dia dibunuh, menurut pihak polis kelmarin.

Tuduhan tersebut telah menimbulka­n semula kemarahan baharu dan kekecewaan di pinggir bandar St. Louis di Ferguson, dengan keluarga kepada pelajar berusia 18 tahun itu menuduh pihak polis sebagai cuba menghina peribadiny­a semasa siasatan sedang dijalankan.

Beberapa ejen FBI, bekerjasam­a dengan peguam dari Cawangan Hak Asasi Awam di Jabatan Kehakiman dan Pejabat Pendakwa Raya AS, sementara itu menemu bual beberapa saksi di tempat kejadian pada masa tembakan berlaku, menurut pihak berkuasa.

Laporan insiden daripada Jabatan Polis Ferguson bagi kecurian sekotak cerut berharga AS$49 dari sebuah kedai serba guna, sejurus sebelum dia ditembak mati anggota polis pada waktu siang di sebatang jalan raya berhampira­n pada 9 Ogos.

Pihak polis mengeluark­an rakaman pengawasan menunjukka­n seorang lelaki kulit hitam tinggi berbadan sasa, memakai baju-T, seluar khaki dan sandal, sama seperti yang dipakai Brown, menarik kolar baju seorang kerani kedai dan menolaknya.

Kaitan di antara Brown dan satu rompakan keras bagi sekotak cerut Swisher Sweet, kira-kira 20 minit sebelum tembakan, menurut satu laporan insiden polis yang merumuskan kandungan sebuah video pengawasan.

“Video mendedahka­n Brown memasuki kedai bersama seorang rakan dan terlibat dalam satu konfrontas­i dengan seorang kerani kedai.

“Insiden ini berkait rapat dengan satu lagi insiden di mana Brown mengalami kecederaan teruk melibatkan seorang anggota di jabatan ini,” tambah laporan itu.

Ketua polis Ferguson Thomas Jackson pula mengenalpa­sti anggota polis yang menembak Brown sebagai Darren Wilson, 28 tahun, anggota kulit putih yang telah berkhidmat selama empat tahun dalam pasukan polis dengan tiada sebarang rekod bagi masalah disiplin.

Beliau menyatakan, Wilson yang berada di dalam sebuah kereta peronda, menahan Brown kerana berjalan menyusuri jalan raya dan menghalang lalulintas. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GANAS: Beberapa pemuda yang menutup muka dengan baju menjarah sebuah kedai arak semasa demonstras­i mengecam pembunuhan Brown di Ferguson, semalam.
— Gambar Reuters GANAS: Beberapa pemuda yang menutup muka dengan baju menjarah sebuah kedai arak semasa demonstras­i mengecam pembunuhan Brown di Ferguson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia