Utusan Borneo (Sarawak)

Puak minoriti Iraq melawan IS

-

BAGHDAD: Majlis Keselamata­n PBB kelmarin sebulat suara menerima resolusi bertujuan melemahkan pelampau Negara Islam (IS) di Iraq ketika sokongan bagi pengganti Perdana Menteri Nuri al-Maliki Maliki, Haidar al-Abadi, meningkat daripada pelbagai sumber termasuk Iran dan Arab Saudi.

Media Barat melaporkan beberapale­lakifahama­nYazidi dibunuh di perkampung­an Kocho, 45 kilometer dari pekan Sinjar yang ditawan puak Kurdis.

Beberapa laporan menyebut penduduk dipaksa menganuti Islam atau berdepan hukuman mati, namun maklumat mengenai insiden terbaharu tidak segera disahkan.

Presiden AS Barack Obama menyatakan minggu pertama serangan udara telah memecahkan kepungan di gunung utara Sinjar di mana orang awam bersembuny­i daripada pejuang jihad sejak 10 hari lalu.

AS melancarka­n lebih banyak serangan udara kelmarin, menurut pihak tentera, selepas menerima laporan bahawa pengganas menyerang orang awam di kawasan tersebut.

Di New York, Majlis Keselamata­n PBB mengemukak­an satu resolusi bertujuan melemahkan IS di Iraq dan Syria dengan memutuskan pembiayaan dan kemasukan pejuang asing.

Manakala menteri EU bersetuju semasa mesyuarat tergempar di Brussels untuk menyokong persenjata­an bagi pejuang Kurdis Iraq.

Iraq dan kuasa asing pula menyuaraka­n kelegaan selepas keputusan Maliki Khamis lepas untuk berundur.

Penasihat Keselamata­n Negara AS Susan Rice menyatakan ia adalah satu lagi langkah besar untuk menyatukan Iraq, di mana pejuang IS telah menawan beberapa kawasan dalam serangan mengejut dan kejam.

Dalam satu lagi perkembang­an perubahan yang berpotensi, 25 puak Sunnah di wilayah barat Anbar, termasuk segelintir yang sebelum ini yang menolak untuk bekerjasam­a dengan kerajaan pimpinan Maliki, mengumumka­n usaha terancang bagi menjatuhka­n pejuang IS.

Ali Hatem Suleiman, ketua puak Dulaimi yang menguasai pusat Sunnah di wilayah Anbar dan antara ketua puak Sunnah paling berkuasa di Iraq, menegaskan kelmarin beliau bersedia untuk bekerjasam­a dengan Abadi asalkan beliau melindungi hak asasi puak minoriti itu yang dipinggirk­an pemimpin sebelum ini.

Turut menyuaraka­n sokongan, Sheikh Abduljabba­r Abu Risha.

“Revolusi rakyat ini telah dipersetuj­ui oleh semua puak yang ingin menentang IS, yang menumpahka­n darah kami,” kata Abu Risha, salah seorang ketua anti-pejuang jihad.

Ketua polis Anbar Mejar Jeneral Ahmed Saddak memberitah­u pasukan keselamata­n menyokong kebangkita­n puak minoriti yang bermula kelmarin.

Menurut Pentagon, masih ada 5,000 orang di atas Gunung Sinjar, namun sebahagian­nya adalah penduduk asal dan enggan berpindah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia