Utusan Borneo (Sarawak)

Pope peringati pejuang Katolik Korea

Misa pemberkata­n diketuai Francis di Seoul turut disertai keluarga mangsa nahas feri

-

SEOUL: Pope Francis telah memberkati 124 pengikut awal Korea semalam semasa sembahyang misa di Seoul dan mencabar orang ramai untuk bertanya kepada diri sendiri apakah nilainilai yang sanggup mereka korbankan nyawa dalam dunia penuh globalisas­i yang semakin bersifat materialis­tik.

Beliau mengecam jurang yang semakin luas di antara golongan berkemampu­an dan kurang berkemampu­an, sekali gus menggesa golongan berada agar mendengar ‘tangisan si miskin’ kalangan mereka.

Ratusan ribu pengikut, kebanyakan­nya kumpulan gereja yang dijemput dari seluruh Korea Selatan, menghadiri upacara terbuka dalam cuaca panas dan lembap di Dataran Gwanghwamu­n, kawasan majlis utama di bandar tersebut.

Acara utama kunjungan paus selama lima hari, misa pemberkata­n menyaksika­n operasi keselamata­n besarbesar­an, dengan jambatan, jalan raya dan stesen kereta api bawah tanah ditutup, manakala anggota penembak tepat polis ditempatka­n di atas bumbung beberapa bangunan pejabat yang menghala tempat tersebut, yang menutup tingkap mereka.

Antara orang terkenal yang diberkati adalah seorang bangsawan kurun ke-18, Paul Yun Ji-Chung, yang menjadi pejuang Katolik pertama di Korea ketika dihukum mati pada tahun 1791 selepas bertempur dengan pegawai Confucius.

Menurut pihak gereja, kirakira 10,000 penduduk Korea terkorban dalam tempoh 100 tahun pertama selepas fahaman Katolik diperkenal di semenanjun­g itu pada 1784.

“Mereka mengetahui tentang akibat penglibata­n mereka dan sanggup melakukan pengorbana­n besar,” menurut Francis dalam khutbahnya selepas upacara pemberkata­n ringkas, yang memberikan gelaran ‘ diberkati’ kepada para pejuang dan menandakan langkah pertama ke arah kedudukan sebagai santo.

Semasa kunjungan papal yang terakhir ke Korea Selatan pada 25 tahun lepas, Pope John Paul II telah memberkati 103 pejuang.

Ketika matahari terbit, Gwanghwamu­n dipenuhi penonton dalam barisan sepanjang satu kilometer di utara Dewan Bandaraya.

Pentas papal yang memaparkan sebatang salib gergasi di atas dataran tersebut, disokong bumbung berjubin gergasi Istana Gyeongbokg­ung semasa dinasti Joseon.

Pada kurun 18 dan 19, penganut Katolik yang enggan kembali kepada kepercayaa­n asal telah diarahkan secara umum dari barat daya Gwanghwamu­n ke Pintu Seosomun di mana mereka dihukum mati.

Pope Francis memulakan hari tersebut di sebuah pusara pejuang di Seosomun dan kemudian melakukan perjalanan bagi yang dikecam secara berundur ke Gwanghwamu­n, menaiki kenderaan Popemobile dengan bahagian bumbung atasnya terbuka dan melambaika­n tangan ke arah orang ramai yang teruja di kedua-dua belah jalan raya.

Pihak penganjur bimbang mengenai protes anggota keluarga mangsa nahas feri Sewol April lepas, yang telah berkhemah di Gwanghwamu­n selama beberapa minggu untuk mendesak kempen mereka bagi siasatan bebas sepenuhnya mengenai tragedi tersebut yang meragut 300 nyawa, kebanyakan­nya adalah pelajar sekolah.

Akhirnya, 600 anggota keluarga terbabit turut dijemput untuk menghadiri misa.

Ketika berlalu, Francis berhenti dan melangkah turun dari kenderaann­ya untuk menyambut ahli keluarga tersebut, termasuk Kim Young-Oh, yang mana anak perempuann­ya maut dalam nahas itu dan sudah lebih sebulan mogok lapar.

Lewat semalam, Francis berkunjung ke komuniti pergununga­n bagi golongan sakit dan kurang upaya di Kkottongna­e, 80 kilometer selatan Seoul. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SAMBUTAN HANGAT: Francis bertegur sapa dengan penganut Katolik dari Popemobile­nya sebaik tiba untuk sembahyang misa di Dataran Gwanghwamu­n di Seoul,
— Gambar Reuters SAMBUTAN HANGAT: Francis bertegur sapa dengan penganut Katolik dari Popemobile­nya sebaik tiba untuk sembahyang misa di Dataran Gwanghwamu­n di Seoul,
 ?? — Gambar AFP ?? MERAH SAGA: Ferrari 250 GTO Berlinetta model 1962 yang dilelong malam Khamis lalu.
— Gambar AFP MERAH SAGA: Ferrari 250 GTO Berlinetta model 1962 yang dilelong malam Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia