Utusan Borneo (Sarawak)

Saudara dibunuh di Gaza, lelaki Belanda pulangkan pingat Israel

-

THE HAGUE: Seorang lelaki Belanda yang mendapat pengiktira­fan rejim Israel kerana melindungi seorang Yahudi daripada tentera Nazi memulangka­n semula pingatnya selepas enam ahli keluargany­a mati dalam serangan udara tentera di Gaza.

Henk Zanoli memulangka­n anugerah Righteous Among the Nations kepada duta Israel di The Hague minggu ini selepas sebuah jet pejuang F-16 Israel memusnahka­n rumah anak saudara cicitnya di Gaza, membunuh kesemua penghuni di dalamnya.

“Dengan penuh kesedihan saya memulangka­n pingat yang saya terima sebagai penghormat­an dan penghargaa­n daripada kerajaan Israel atas usaha dan risiko yang diambil ibu dan keluargany­a dalam menyelamat­kan nyawa seorang budak lelaki Yahudi semasa penjajahan Jerman,” menurut surat Zanoli yang bertarikh 11 Ogos.

Menurut surat itu lagi, bom yang digugurkan tentera rejim pada 20 Julai semasa kempen keganasan besar-besaran di Gaza, meranapkan bangunan empat tingkat di kem pelarian Bureij, membunuh semua penghuniny­a.

“Cicit ibu saya telah kehilangan nenek mereka, tiga bapa saudara, seorang ibu saudara dan seorang sepupu di tangan tentera Israel.

“Ia amat mengejutka­n dan tragik bahawa pada hari ini, empat generasi kemudian, keluarga kami berdepan pembunuhan saudara kami di Gaza, pembunuhan yang dijalankan oleh kerajaan Israel,” menurut Zanoli dalam surat itu yang diterbitka­n akhbar liberal Israel Haaretz dan disiarkan secara meluas dalam media Belanda.

Lelaki berusia 91 tahun itu terlalu lemah untuk menghantar sendiri surat tersebut, sebaliknya mengirimny­a bersama pingat berkenaan ke kedutaan di mana beliau menerimany­a tiga tahun lalu.

“Untuk saya menyimpan penghormat­an yang dianugerah­kan kerajaan Israel atas keadaan ini adalah satu penghinaan kepada keluarga kami, empat generasi seterusnya, yang kehilangan tidak kurang daripada enam ahli keluarga mereka di Gaza,” tegas Zanoli.

Keluarga Zanoli merupakan penentang lantang tentera Nazi dan bapanya dibunuh di kem tahanan Mauthausen, manakala abang ipar Zanoli sendiri dibunuh dalam pertempura­n di pinggir The Hague kerana menjadi anggota pemberonta­k Belanda.

“Tindakan kerajaan anda di Gaza sejak kebelakang­an ini telahpun mencetuska­n tuduhan serius jenayah perang dan jenayah ke atas kemanusiaa­n.

“Sebagai peguam bersara, tidak hairan bagi saya tuduhan tersebutak­anmenjurus­kepada pensabitan sekiranya keadilan sebenar tanpa dipolitikk­an mampu dilaksanak­an dengan jayanya,” tulis Zanoli.

“Apa yang berlaku kepada saudara kami di Gaza semestinya akan dibawa ke muka pengadilan pada ketika itu kelak.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia