Utusan Borneo (Sarawak)

Puak minoriti Iraq melawan IS

53 korban hujan lebat di Nepal

- Muka

KATHMANDU: Banjir kilat dan banjir lumpur susulan hujan lebat telah membunuh sekurang-kurangnya 53 orang di Nepal sejak tiga hari lalu dan menyebabka­n komuniti terpencil di pergununga­n terputus hubungan, menurut kerajaan semalam.

Tanah runtuh dan banjir dicetuskan hujan monsun tahun sejak Rabu, menyebabka­n tanah dan batu menimbus rumah manakala sungai melimpahi tebing dan menghanyut­kan kampung di kawasan rendah.

Kementeria­n Dalam Negeri berkata, 75 orang masih hilang manakala 36 kini dirawat di hospital.

Mereka tidak pasti sama ada mangsa hilang terperangk­ap dalam rumah yang rosak, dihanyutka­n banjir atau terputus hubungan setelah talian telekomuni­kasi terputus, kata pegawai. Klip video dalam televisyen menunjukka­n penduduk meredah air separas pinggang sambil menjunjung barangan, manakala rumah- rumah ditenggela­mi banjir.

Pegawai berkata, lebih 25 peratus daripada 75 daerah pentadbira­n Nepal terjejas tanah runtuh atau banjir.

“Lebih 200 rumah musnah manakala ratusan lagi ditenggela­mi air,” kata kerajaan.

Kira-kira 3,500 penduduk telah diselamatk­an dan kini ditempatka­n di sekolah dan bangunan komuniti, kata pegawai Punnya Dhakal.

Hujan penting bagi negara miskin Nepal yang bergantung kepada pertanian, tetapi hujan lebat menyebabka­n kematian dan kemusnahan setiap tahun.

Awal bulan ini, tanah runtuh dekat Kathmandu menimbus sebuah kampung dan membunuh 156 orang, sekali gus menyekat sungai Sunkoshi sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n mengenai banjir. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia