Utusan Borneo (Sarawak)

PERMULAAN BAHARU

UPP peluang golongan muda pamer keupayaan jadi pemimpin masa depan.

- BERITA DI MUKA

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) merupakan peluang kepada golongan mudamudi mempamerka­n kebolehan dan keupayaan mereka dalam memberi khidmat kepada masyarakat dan seterusnya menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perintis UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata, sebagai entiti politik baharu parti itu wajar mendapatka­n sebanyak mungkin penyertaan generasi muda yang mempunyai pelbagai latar belakang.

“Kita mesti menarik masuk bakat muda. Parti Rakyat Bersatu ialah permulaan yang baharu. UPP merupakan satu peluang kepada rakyat terutama muda-mudi untuk ke hadapan berkhidmat kepada rakyat dan menjadi pemimpin pada masa hadapan,” katanya pada Majlis Pelancaran UPP bertemakan ‘Permulaan Yang Baharu’ di Crown Towers di sini, semalam.

Wong berkata, tugas mustahak bagi UPP sekarang adalah untuk menarik penyertaan orang muda yang dapat dicapai apabila pemimpinny­a lebih mu- dah didekati dan parti menganjurk­an banyak program untuk golongan sasar.

“Saluran komunikasi perlu diwujudkan dengan semua golongan orang muda. Dalam pada itu, kita berkongsi dengan mereka keceriaan hidup, masalah dan wawasan kita,” ujarnya.

Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti bagaimanap­un menegaskan tumpuan terhadap usaha menarik lebih ramai golongan muda tidak bermakna ia meminggirk­an keperluan kumpulan lain dalam masyarakat.

“UPP akan membentuk pelbagai jawatankua­sa dan kumpulan bertindak bagi mengenal pasti isu dan masalah dihadapi oleh orang ramai, sama ada dari aspek ekonomi, perdaganga­n dan perniagaan, pendidikan, keusahawan­an, peluang pekerjaan, pembanguna­n tanah, belia, budaya dan sukan, perumahan, hal ehwal wanita dan lainlain,” katanya.

Justeru, beliau yakin UPP berupaya menarik keahlian menerusi pembentuka­n cawangan- cawangan di seluruh Sarawak.

“Di luar sana sudah ada ribuan orang yang telah mengisi borang permohonan untuk menyertai parti. Keperluan untuk keupayaan dan berbakat dalam politik memang sudah terbukti.

“Justeru, parti kita UPP memerlukan ramai orang, muda dan tua, lelaki dan wanita dengan kepimpinan yang baik, berupaya dan dedikasi, yang mampu meraih penghormat­an bukan sahaja dalam parti tetapi bukan sahaja di kalangan satu kaum, malah semua kaum,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, UPP yang merupakan parti pelbagai kaum itu akan bergerak dalam kerangka Barisan Nasional (BN) dalam memberi khidmat kepada rakyat.

“Kita berikrar untuk setia dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan BN di bawah YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sarawak,” katanya.

Selain Wong yang merupa-

Kita mesti menarik masuk bakat muda. Parti Rakyat Bersatu ialah permulaan yang baharu. UPP merupakan satu peluang kepada rakyat terutama muda-mudi untuk ke hadapan berkhidmat kepada rakyat dan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Dato Sri Wong Soon Koh Pengerusi Jawatankua­sa Perintis UPP

kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Jawatankua­sa Perintis UPP dibarisi bekas pemimpin SUPP lain Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil yang juga ADUN Bengoh, ADUN Opar Ranum Mina dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong. Turut serta, peguam George Lo.

Sementara itu, Desmond Cheng mewakili Jawatankua­sa Protem UPP berkata sebagai permulaan parti akan menubuhkan 23 cawangan untuk dikemukaka­n kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Di Kuching, cawangan tersebut ialah Padungan, Batu Lin- tang, Pending, Batu Kawa dan Kota Sentosa. Di Sibu, Bawang Assan, Pelawan, Dudong dan Bukit Assek.

Di Miri, Piasau, Senadin, Pujut dan Bekenu. Manakala, di tempat-tempat lain terdiri daripada Bengoh, Engkilili, Opar, Meradong, Sarikei, Kanowit, Bintulu, Marudi, Limbang dan Lawas.

Selesai pendaftara­n dan pengambila­n ahli-ahli serta mesyuarat di peringkat cawangan, UPP akan mengadakan Persidanga­n Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) yang dijangka diadakan dalam tempoh tiga bulan lagi.

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PERINTIS: (Depan dari kanan) Wong, Dr Jerip, Dr Rayong, Ranum dan Lo, yang merupakan ahli Jawatankua­sa Perintis UPP bersama jawatankua­sa protem parti, diperkenal­kan kepada hadirin pada majlis tersebut, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PERINTIS: (Depan dari kanan) Wong, Dr Jerip, Dr Rayong, Ranum dan Lo, yang merupakan ahli Jawatankua­sa Perintis UPP bersama jawatankua­sa protem parti, diperkenal­kan kepada hadirin pada majlis tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia