Utusan Borneo (Sarawak)

CUBA CURI BESI, LELAKI DICEKUP

-

KUCHING: Seorang lelaki berusia 30-an ditahan selepas disyaki cuba mencuri perancah besi di sebuah tapak pembinaan di Jalan Lapangan Terbang di sini, pagi semalam.

Difahamkan, beberapa pengawal keselamata­n di tapak pembinaan tersebut pada mulanya menemui motosikal milik suspek diparkirka­n tidak jauh dari situ sekitar jam 8 pagi.

Mereka kemudian segera melakukan pemantauan di sekitar kawasan berkenaan dan melihat suspek dalam keadaan mencurigak­an dipercayai cuba membuka perancah besi.

“Suspek yang menyedari kehadiran pengawal keselamata­n dikatakan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata sumber.

Suspek yang berasal dari Stakan, Kota Sentosa itu kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga oleh Unit Kereta Peronda Polis (MPV) untuk disoal siasat.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh pihak syarikat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, dua lelaki yang bersembuny­i di rumah kekasih mereka selepas mencuri sebuah kereta pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Pajero di Tabuan Park di sini dicekup polis, malam kelmarin.

Ia adalah hasil tindakan pantas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang berjaya mengesan semula kereta tersebut di sebuah rumah di Semariang selepas dilaporkan hilang pada Khamis lepas.

Bertindak atas penemuan tersebut, satu serbuan dilancarka­n dan berjaya menahan dua lelaki berusia 24 serta 25 tahun di rumah dipercayai milik teman wanita seorang daripada suspek.

Kedua-dua suspek yang berasal dari Stutong Baru itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? CURI BESI: Suspek dibawa masuk ke dalam balai polis untuk disoal siasat.
CURI BESI: Suspek dibawa masuk ke dalam balai polis untuk disoal siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia