Utusan Borneo (Sarawak)

JELITAWAN DAYAK

Seramai 36 gadis Dayak di negeri ini bakal berentap merebut gelaran Kumang Pesta Kebudayaan Borneo (BDCF) 2014.

- TEMPATAN

SIBU: Seramai 36 jelitawan Dayak di negeri ini bakal berentap merebut gelaran Kumang Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2014.

Pengerusi jawatankua­sa penganjur, Angelyn Uchi Maseng berkata para peserta dari seluruh pelosok negeri ini.

“Semua peserta terlebih dahulu akan bersaing dalam peringkat saringan pada malam 19 Ogos (esok) jam 9 malam bertujuan memilih 10 terbaik.

“Peringkat saringan itu diadakan di pentas BDCF di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

“Sepuluh peserta terbaik yang dipilih pada malam tersebut layak ke final pada malam 21 Ogos ini,” katanya di sini malam kelmarin.

Uchi berkata, pada peringkat saringan semua peserta diwajibkan memakai gaun gabungan fesyen kontempora­ri konsep Dayak yang direka Roses Hair & Beauty Studio-Bridal Boutique & Academy atau Rose Chukan.

“Ahli keluarga, rakan-rakan, saudara-mara serta orang ramai boleh mengundi semua peserta bagi merebut gelaran Miss Photogenic.

“Kategori ini tidak mengira seseorang peserta itu senarai finalis atau tidak. Ia bergantung kepada undi yang banyak untuk menang.

“Setiap undi dijual dengan harga RM1 dan boleh dibeli melalui ahli-ahli jawatankua­sa kami,” jelasnya.

Dalam pada itu, Uchi memberitah­u bahawa 10 finalis akan mengadakan pratonton kepada hadirin pada malam 20 Ogos, jam 9 malam di venue yang sama sebagai aksi pemanas badan sebelum final.

Sementara itu, peserta Kumang BDCF 2014 kali ini terdiri Yvonne Joeng, Ella Galing, Liana Ngian Abus, Clarence Melanie Juing, Hermadine Eda, Sophia Thomas, Helen Alo, Debbie Gibson, Grace Nyuta Guntur, Elina Luke, Mai Dilin Sipang, Alice Rebut, Sharron Valiny Nanong, Josephine Jelawat James, Diana Luba Douglas, Dalina Bala dan Macpriheln­a Martin.

Turut berentap Lalitha Mancha, Maureen Danau, Maria Jon- nit, Claudia Anye, Susi Sumping, Rahdika Rahman, Cynthia Gucci Hus, Izza Dahlina, Diomera Darniati, Oliviana Sangai, Anatasia Marcus, Brenda Marta, Michelle Thomas, Subang Jamit, Sherry Simba, Shirlyne Emilia, Lorna Imee Bayang, Salina Benang dan Erin Rubieny David.

Kumang BDCF 2014 membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta piala, selempang dan hamper sementara naib johan menerima wang tunai RM2,000 serta piala, selempang dan hamper.

Tempat ketiga memenangi hadiah wang tunai RM1,000 serta piala, selempang dan hamper.

Tempat keempat dan kelima masing-masing menerima RM500 manakala tempat keenam hingga ke-10 menerima RM300 setiap seorang sagu hati.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dijangka menyempurn­akan penutupan pentas BDCF 2014 sempena final Kumang dan Keling BDCF pada 21 Ogos (Khamis ini) jam 7 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia