Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh babit warga Indonesia membimbang­kan

Pekerja diingat berwaspada ketika minum arak agar tidak lakukan perkara menyalahi undang-undang

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING:Warga Indonesia yang bekerja di kawasan ladang dan kilang di seluruh Sarawak diingatkan berwaspada ketika mengambil minuman beralkohol agar tidak melakukan perkara yang menyalahi undangunda­ng negara ini.

Teguran keras itu disuarakan Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Djoko Hardjanto semalam ekoran peningkata­n jumlah kes bunuh yang membabitka­n warganya di sini.

“Kebanyakan kes disebabkan pengambila­n minuman keras, kalau sudah mabuk mereka tidak sedarkan diri dan apabila berasa tidak selesa akan terus membunuh, itu yang kami prihatin.

“Ramai warga Indonesia yang menghadapi tuduhan dengan hukuman gantung sampai mati kerana terlibat dalam kes membunuh sejak 2008 hingga 2014, terdapat 20 atau 25 daripada mereka yang melakukann­ya.

Kebanyakan kes disebabkan pengambila­n minuman keras, kalau sudah mabuk mereka tidak sedarkan diri

“dan apabila berasa tidak selesa akan terus membunuh, itu yang kami prihatin. Djoko Hardjanto Konsulat Jeneral Republik Indonesia

“Saya gembira sejak bertugas untuk tiga tahun ini, ada di kalangan mereka yang telah dibebaskan hasil usaha keras KJRI iaitu lebih kurang seramai 15 orang.

“Namun, paling menyedihka­n masih terdapat lebih kurang 19 orang yang akan menghadapi tuduhan yang sama di mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas Upacara Peringatan Detik-Detik Proklamasi Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-69 di sini, semalam.

Kata Djoko, Ia menjadi tanggungja­wab KJRI untuk membela mereka dan Indo- nesia telah mengupah seorang peguam di sini.

Ia ekoran Indonesia tidak boleh membawa pengamal undang-undang dari negaranya sendiri.

Peguam yang dimaksudka­n adalah Rambir Singh dari Miri sejak 2012 untuk menguruska­n kes jenayah berkaitan perundanga­n yang melibatkan warganya yang mempunyai rekod jenayah bunuh sesama warga atau melibatkan warga Malaysia.

Kes bunuh banyak melibatkan pekerja warga Indonesia dalam sektor perladanga­n, kilang kayu dan sektor binaan, tambahnya.

Jumlah itu banyak katanya, kerana terdapat satu kes yang melibatkan kes pembunuhan secara berkelompo­k melibatkan lima hingga tujuh orang.

“Kalau satu sahaja saya rasa ia tidak akan sebanyak ini... yang melibatkan mangsa warganegar­a Malaysia mungkin dua atau tiga sahaja,” katanya semalam.

Bagaimanap­un, KJRI sering ke ladang- ladang dan menjalanka­n kerjasama dengan pengurus ladang untuk melarang mereka daripada membawa atau mengambil minuman keras.

“Kami juga memberitah­u para pekerja Indonesia di kawasan ladang, hukumannya berat, ada hukuman sebatan dan hukuman gantung sampai mati, berbeza di Indonesia apabila mereka akan ditembak sehingga mati,” katanya

Tambah Djoko, KJRI akan sentiasa berusaha gigih untuk membela dan mendidik mereka agar menghormat­i undang-undang negara ini secara konsisten.

 ??  ?? RAMPAS: Anggota polis merampas komputer yang mengandung­i perisian judi siber di Jalan Buangsiul, Limbang malam kelmarin.
RAMPAS: Anggota polis merampas komputer yang mengandung­i perisian judi siber di Jalan Buangsiul, Limbang malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia