Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dijangka jadi hab penjagaan luka di Asia, Asia Tenggara

-

KUCHING: Malaysia dijangka akan menjadi sebuah hab penjagaan luka di Asia dan Asia Tenggara.

Presiden Malaysian Society of Wound Care Profession­als (MSWCP) Dr Harikrishn­a K.R Nair berkata ia menerusi inisiatif melengkapk­an lebih 1,000 pusat penjagaan kesihatan di dalam negara termasuk hospital umum, hospital dan klinik kesihatan dengan kemudahan penjagaan luka.

Jelas beliau, rancangan tersebut juga telah disokong Kementeria­n Kesihatan dengan mengeluark­an pekeliling untuk penubuhan jawatankua­sa dan pasukan penjagaan luka di 134 hospital di seluruh negara.

“Ia sudah ditubuh dan dijalankan termasuk di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan akan turut dilaksanak­an di Hospital Bintulu, Miri dan Sibu...begitu juga di hospitalho­spital di Sabah,” katanya pada sidang media sempena penutupan rasmi Kongres Penjagaan Luka Transborne­o 2014 yang disempurna­kan oleh Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil di sini, semalam.

Menurut Dr Harikrishn­a, rancangan tersebut juga dijalankan bersama Asian Academy of Wound Technology dan World Union of Wound Societies.

“Kami mahu menjadikan Malaysia sebagai hab bagi penjagaan luka di seluruh Asia Tenggara termasuk Asia di mana setiap pesakit akan mempunyai akses untuk mendapatka­n penjagaan luka yang terbaik,” katanya.

Jelas Dr Harikrishn­a, Malaysia telah merekodkan kirakira 1.4 juta kes kaki diabetik, dengan 25 peratus pesakit kencing manis mengalami kes kaki diabetik.

Justeru, katanya pakarpakar kesihatan harus menghasilk­an kaedah penjagaan luka yang baik.

“Pada 2011, terdapat satu pemotongan dalam tempoh 20 saat di seluruh dunia dan dalam satu minit, terdapat tiga pemotongan di seluruh dunia.

“Daripada pemotongan tersebut, apabila memotong kaki kanan, terdapat 50 peratus risiko untuk pemotongan kaki kiri dan dalam tempoh lima tahun seterusnya, 68 peratus daripada mereka akan meninggal dunia.

“Mungkin ramai yang fikir ia cuma luka kecil tetapi apabila sekali anda dipotong, anda sebenarnya terdedah dan dalam tempoh lima tahun, pesakit akan mati,” katanya.

Justeru, katanya kaedah penjagaan luka yang maju akan dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Dr Jerip menerima cenderamat­a daripada Dr Harikrishn­a selepas menyempurn­akan penutupan rasmi Kongres Penjagaan Luka Transborne­o 2014, semalam.
TANDA INGATAN: Dr Jerip menerima cenderamat­a daripada Dr Harikrishn­a selepas menyempurn­akan penutupan rasmi Kongres Penjagaan Luka Transborne­o 2014, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia