Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh kenderaan terbabit dalam kemalangan berantai, tiada kecederaan

-

KUCHING: Meskipun tujuh kenderaan terbabit dalam kemalangan berantai di Jalan Tun Abang Haji Openg berhampira­n lampu isyarat Wisma SABERKAS, petang kelmarin namun tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Insiden sekitar jam 7 malam itu difahamkan berpunca daripada sebuah lori muatan 10 tan yang sedang menghala ke Jalan Batu Lintang merempuh bahagian belakang Toyota Harrier hingga menyebabka­n kereta terbabit termasuk ke laluan bertentang­an lalu melanggar sebuah Proton Wira.

Lori itu yang masih bergerak seterusnya melanggar Toyota Fortuner yang kemudianny­a melanggar Perodua Kenari sebelum Perodua Kancil dan Perodua Kembara turut terbabit dalam kemalangan berantai tersebut.

Bagaimanap­un, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes itu masih disiasat.

Dalam kes berasingan, seorang penunggang motosikal patah kaki kanan selepas berlanggar dengan sebuah kereta di Taman Malihah, Matang, di sini.

Dalam insiden sekitar 11 malam itu, difahamkan mangsa yang berusia 19 tahun, hendak keluar simpang apabila ber- langgar dengan sebuah kereta yang masuk simpang.

Pembonceng motosikal bagaimanap­un hanya mengalami calar-calar di bahagian badan.

Manakala di Jalan Semaba, seorang penunggang motosikal pengsan setelah terhumban ke dalam longkang dalam satu kemalangan awal pagi semalam.

Kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu berlaku apabila penunggang motosikal itu gagal mengawal kenderaann­ya lalu terhumban ke dalam longkang.

Difahamkan, keadaan mangsa dilaporkan stabil manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu di Jalan Stutong, seorang lagi penunggang motosikal patah tangan manakala pembonceng motosikal tidak sedarkan diri apabila dilanggar sebuah kereta dari belakang, kira-kira jam 4 pagi semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berada di laluan perlahan, masuk ke laluan laju untuk membuat pusingan ke sebuah simpang apabila kereta dari belakang tidak sempat mengelak.

Keadaan kedua-dua mangsa dilaporkan stabil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia