Utusan Borneo (Sarawak)

Isu agama dan perkauman tidak sepatutnya dicetus, diperbesar: Leo

-

MIRI: Isu agama dan perkauman tidak sepatutnya dicetuskan dan diperbesar­kan, terutama di negeri Sarawak, kerana ia boleh memecahbel­ahkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama.

Ahli Parlimen Mukah merangkap Presiden Persekutua­n Persatuan Melanau Sarawak Dato Sri Muhammad Leo Toyad berkata, rakyat di negeri ini perlu belajar dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara yang bergolak dan berperang sesama mereka, gara-gara isu agama dan bangsa yang perbesarka­n.

“Ia sebenarnya hanya satu isu yang kecil, namun apabila ada pihak yang enggan menerima kenyataan berkaitan agama dan bangsa, maka ia diperbesar­kan hingga akhirnya mencetuska­n pertumpaha­n darah dan seterusnya peperangan.

“Di Sarawak contohnya, dalam satu keluarga, kita ada ahli keluarga beragama Islam dan ada juga Kristian, namun kita masih dapat tinggal bersama dan menerima kenyataan ini kerana masyarakat kita berfikiran terbuka dan saling menghormat­i.

“Itulah yang membezakan kita di Sarawak dengan negeri-negeri lain khususnya di Semenanjun­g Malaysia dan negara lain yang bergolak kerana isu agama dan bangsa,” ujarnya.

Leo berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Melanau Miri (PMM) yang dianjurkan di premis persatuan itu di Wisma Melanau dekat sini, petang semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan beliau turut menggesa ahli-ahli persatuan itu untuk terus mengekalka­n kerjasama dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat Melanau yang terdiri daripada Melanau Islam dan Kristian.

Pada masa yang sama katanya, mereka juga perlu menyebarka­n semangat perpaduan itu di kalangan masyarakat Melanau di luar sana, agar mereka kekal bersatu padu dan menjalin semangat muhibah dengan pelbagai kaum di negeri ini, yang membentuk kestabilan politik, ekonomi dan perpaduan rakyat.

Hanya dengan demikian katanya, masyarakat Melanau dapat melangkah seiring dengan kaum lain dan bersama-sama menikmati hasil pembanguna­n dan kemajuan yang dicapai negara ini.

Pada majlis itu, Leo turut menyerahka­n sumbangan PMM kepada 20 anak yatim, 10 penerima e-Kasih dan menyampaik­an insentif kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam pendidikan dan peperik- saan awam.

Beliau turut mengumumka­n peruntukan bagi dana pendidikan PMM berjumlah RM5,000 manakala Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang turut hadir pada majlis tersebut, mengumumka­n peruntukan berjumlah RM4,000.

Turut hadir Presiden PMM Datuk Alexander Maiyor serta pengerusi majlis Abdullah Jaini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia