Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mempunyai sistem politik yang baik

Beri peluang kepada pemimpin baharu membuktika­n semangat dan dedikasi membangunk­an negeri ini

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Sarawak mempunyai sistem politik yang baik dengan memberi peluang kepada pemimpin baharu membuktika­n semangat dan dedikasi membangunk­an negeri ini sekali gus mengelak sebarang bentuk gejala negatif yang merosakkan politik negeri ini.

Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata negeri ini berjaya mencapai sistem politik yang baik sejak sekian lama yang mampu menonjolka­n keupayaan para pemimpin untuk menjalanka­n tugas mentadbir dan membangun dengan sempurna.

Beliau berkata sistem politik yang ada dapat memberi peluang kepada mereka yang mempunyai bakat sama ada di luar bandar atau bandar untuk menunjukka­n kemampuan mentadbir dan seterusnya menjaga sistem politik sedia ada.

“Saya bersara sebagai Ketua Menteri dalam keadaan aman dan tiada ketakutan kerana sistem politik kita adalah baik dan para pemimpin tidak berebut kuasa.

“Malah pemimpin yang dilantik juga berkeboleh­an untuk membawa pembanguna­n dengan penuh dedikasi, ikhlas dan berani,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Dewan Suarah Miri malam kelmarin.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan isteri Elsi Marlisa Abdullah, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail dan isteri Dayang Maimunah Daud, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan isteri Mary Sindang serta Residen Limbang Maria Hasman.

Taib berkata lagi pelbagai perubahan berlaku dalam usaha mencapai harapan rakyat yang semakin tinggi.

“Pelbagai cabaran ditem- puhi dalam usaha menjaga keadaan hidup dan perjuangan, memelihara politik dan menjamin pemimpin yang baik dan harus diberi peluang untuk terus berkhidmat,” tambahnya.

Beliau berkata lagi meskipun politik Sarawak penuh cabaran, pertembung­an dan perbalahan, namun dalam masa 10 tahun lepas, Sarawak

Saya bersara sebagai Ketua Menteri dalam keadaan aman dan tiada ketakutan kerana sistem politik kita adalah baik dan

” para pemimpin tidak berebut kuasa. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

berjaya menyusun semula sistem politiknya dalam menyatupad­ukan kaum dan program pembanguna­n.

“Perjuangan memelihara masyarakat perlu terus berjalan dan pada masa sama dapat mengenalpa­stipemimpi­nyang ada untuk mewakili kawasan mereka termasuk di bandar dan pedalaman,”ujarnya.

Taib menjelaska­n bahawa kemajuan negeri ini banyak bergantung kepada kebijaksan­aan politik.

“Kita tidak boleh membiarkan Sarawak mempunyai gejala tidak baik yang boleh merosakkan politik.

“Pemimpin yang baik mampu memikul pemban- gunan dan menyatupad­ukan rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Ujarnya lagi dalam sejarah negeri ini, Sarawak sudah berjaya mengangkat pemimpin yang baik, menyokong dan mewarisi kepimpinan yang baik.

Mengulas mengenai kepimpinan Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sebagai Ketua Menteri, katanya beliau (Adenan) mampu mempunyai kepimpinan lebih tinggi, dapat memimpin dan berpendidi­kan tinggi.

“Saya berharap Sarawak akan terus maju di bawah kepimpinan Adenan,” tambahnya.

 ??  ?? GEMBIRA: Taib menyerahka­n duit raya kepada anak-anak yatim, malam kelmarin sambil disaksikan Dr Rahman (kiri), Maria, Awang Tengah, Henry dan Asfia.
GEMBIRA: Taib menyerahka­n duit raya kepada anak-anak yatim, malam kelmarin sambil disaksikan Dr Rahman (kiri), Maria, Awang Tengah, Henry dan Asfia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia