Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan baik beri peluang anak warga Indonesia mendapat pendidikan di M’sia

-

KUCHING: Hubungan baik Malaysia (Sarawak)-Indonesia memberi peluang kepada anak warga Indonesia berumur 12 tahun ke bawah untuk mendapatka­n pendidikan walaupun jauh dari tanah air.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Djoko Hardjanto berkata terdapat 13 sekolah bukan formal itu yang telah dibina di kawasan Niah, Miri dan Bintulu bagi memberi manfaat kepada lebih kurang 12,000 anak warganya di sini.

“Sukatan pelajaran mengikut modul yang terdapat di Indonesia dengan mengajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah Malaysia dan Indonesia.

“Pihak kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana dengan wujudnya sekolah ini banyak membantu anak pekerja di kawasan ladang dan kilang seluruh Sarawak daripada men- jadi buta huruf,” katanya ketika ditemui selepas Upacara Peringatan Detik-Detik Proklamasi Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-69, semalam.

Tambah Djoko, tenaga pengajar bukan profesiona­l seperti daripada kalangan isteri-isteri tenaga kerja yang diberi kursus untuk mengajar anak-anak itu.

Bagaimanap­un, setiap kanakkanak yang telah mencapai umur 12 tahun ibu bapa diwajibkan untuk menghantar anak mereka untuk kembali ke Indonesia bagi meneruskan pendidikan tahap menengah.

Sejak sekian lama hubungan erat terjalin di antara SarawakInd­onesia, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan negara ini yang memberi kebebasan kepada pekerja warganya membawa bersama keluarga masing-masing.

Warga Indonesia yang mendiami Sarawak secara rawak dianggarka­n berjumlah 400,000 tetapi hanya 236,000 yang berdaftar dengan KJRI.

Menurutnya, ramai pekerja warganya yang bekerja secara haram di negeri ini terdapat di Belaga dan Bakun.

Sementara itu, Republik Indonesia (RI) semalam menyambut ulang tahun kemerdekaa­nnya selepas merdeka pada 1945, bersyukur dengan nikmat persefaham­an, keharmonia­n dan kesatuan dalam pelbagai bidang.

Antaranya, ekonomi, persempada­nan, masalah sosial dan kebudayaan yang jelasnya, harus dijaga bersama untuk menghindar­i salah faham di antara dua negara yang datang dari rumpun yang sama dan kaya dengan pelbagai kaum.

Beliau semalam turut menyertai jamuan ringan anjuran KJRI selain menyampaik­an perutusan daripada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia