Utusan Borneo (Sarawak)

RELA perlu sedia bantu jabatan lain: Mustafa

Anggota RELA perlu membantu menjaga keselamata­n dan keamanan rakyat, negeri dan negara

- Oleh Agnes Tugong

BAU: Anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) perlu sedia membantu jabatan lain dalam menjaga keselamata­n dan keamanan rakyat, negeri dan negara.

Ketua Pengarah RELA Datuk Mustafa Ibrahim berkata bilangan keanggotaa­n RELA adalah yang teramai iaitu tiga juta orang di seluruh negara.

Manakala di Sarawak sahaja menurutnya terdapat kirakira 250,000 anggota RELA, lebih ramai berbanding jabatan lain yang mempunyai kuasa.

Sebab itu katanya, anggota RELA perlu membantu jabatan-jabatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kuasa tetapi tidak mempunyai jumlah keanggotaa­n yang mencukupi.

“Anggota PDRM termasuk polis bantuan paling ramai

Anggota PDRM termasuk polis bantuan paling ramai pun mungkin dalam 150,000 dan mereka perlu menjaga hampir 30 juta rakyat di seluruh

” negara. Datuk Mustafa Ibrahim Ketua Pengarah RELA

pun mungkin dalam 150,000 dan mereka perlu menjaga hampir 30 juta rakyat di seluruh negara.

“Kita telah memilih anggota RELA daripada kalangan yang terbaik dan anda perlu menunjukka­n kemampuan anda untuk sama-sama menjaga keselamata­n rakyat dan negara,” ujarnya.

Mustafa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pertukaran Nama Pusat Operasi RELA (POR) kepada Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) dan Pemakaian Pangkat Bersekutu RELA di Kampung Segong, Singai dekat sini semalam.

Tambah Mustafa, selain membantu jabatan lain anggota RELA juga diingatkan supaya menitikber­atkan soal disiplin bagi menjaga imej jabatan agar setanding dengan jabatan lain.

Mengambil contoh PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Mustafa berkata tiga jabatan ini merupakan antara yang terbaik di Malaysia.

“Saya tidak mahu mendengar ada di kalangan anggota RELA ditegur disebabkan masalah disiplin terutama cara pemakaian uniform RELA.

“Kalau pakai uniform RELA kena pakai dengan lengkap. Kalau tidak pasti cara pemakaian yang betul rujuk panduan pemakaian yang disediakan.

“Penggunaan pakaian seragam dengan baik bukan sahaja perlu untuk menjaga imej jabatan malah ia adalah sebagai tanda hormat kita kepada pakaian seragam RELA,” ujarnya.

Pada majlis itu semalam, Mustafa turut melakukan upacara pemakaian pangkat bersekutu RELA kepada 25 anggota RELA yang akan membantu pegawai tetap jabatan menjaga kebajikan dan kepentinga­n anggota RELA khususnya di Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RELA Lukeman Saaid, Pengarah RELA Sarawak Rini Tupong serta kira-kira 500 anggota RELA dari sekitar Bau.

 ??  ?? RASMI: Mustafa memotong reben sebagai simbolik perasmian pertukaran nama Pusat Operasi RELA kepada Pusat Khidmat Komuniti RELA di Kampung Segong, Singai dekat Bau semalam.
RASMI: Mustafa memotong reben sebagai simbolik perasmian pertukaran nama Pusat Operasi RELA kepada Pusat Khidmat Komuniti RELA di Kampung Segong, Singai dekat Bau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia