Utusan Borneo (Sarawak)

JPNIN Sarawak mengalu-alukan penglibata­n NGO kukuhkan KRT

-

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak mengalu-alukan penglibata­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam bersama-sama membantu mengukuhka­n Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini.

Pengarahny­a Dirwana Azool berkata, penglibata­n NGO dalam membantu menyumbang dana kepada KRT dapat menggalakk­an komuniti setempat menganjurk­an aktiviti yang bermanfaat.

Malah menurutnya, sokongan daripada NGO juga dapat meringan dan memudahkan jabatan dan agensi kerajaan membangunk­an sesebuah komuniti.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada NGO yang banyak membantu JPNIN dalam menyumbang dana untuk membantu Rukun Retangga kita bagi membolehka­n mereka menganjurk­an aktiviti bermanfaat kepada masyarakat setempat.

“Malah sumbangan berupa peralatan seperti lampu suluh, basikal dan sebagainya kepada pasukan rondaan sukarela kita membolehka­n mereka memikul tanggungja­wab dengan lebih baik,” katanya pada Program Jom Berambeh Raya Bersama Pemimpin di Kompleks Asajaya dekat sini kelmarin.

Pada masa sama, Dirwana menggesa ahli KRT memelihara semangat kerjasama dalam memastikan setiap KRT mempunyai nilai masyarakat yang bersatu.

“JPNIN sentiasa menyokong KRT yang ditubuhkan dengan menganjurk­an pelbagai program seperti meraikan setiap perayaan yang ada di negeri ini.

“Ini penting dalam kita memastikan perpaduan dan kerjasama erat semua kaum sentiasa dapat dipraktikk­an dalam masyarakat pada masa kini,” katanya.

Jelasnya, usaha itu akan dapat membentuk ‘satu buah yang baik’ untuk dibuktikan kepada masyarakat di luar bahawa rakyat berbilang kaum di negeri ini sentiasa bersatu hati.

“Tanpa adanya nilai-nilai baik dalam hubungan sesama kita sudah pasti kita tidak dapat hidup bersama apatah lagi menjamah jamuan bersama,” ujarnya.

 ??  ?? TERUSKAN PERPADUAN: Dirwana merakam kenangan bersama ahli KRT bahagian Samarahan.
TERUSKAN PERPADUAN: Dirwana merakam kenangan bersama ahli KRT bahagian Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia