Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Bako mempunyai kelebihan tarik lebih ramai pelancong

-

KUCHING: Penduduk Kampung Bako, di sini mempunyai kelebihan istimewa terutama untuk menarik lebih ramai pelancong luar untuk datang ke situ.

Ia sejajar dengan kekayaan ekosistem semula jadi yang dapat dijadikan pelaburan sekali gus menyumbang kepada peningkata­n sosioekono­mi negeri ini, khususnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, alam semula jadi di Kampung Bako sememangny­a dilahirkan dengan anugerah Tuhan yang boleh dijadikan sebagai ‘tiket percuma’ yang menjurus ke arah kemajuan.

“Apa yang terdapat di sini (Kampung Bako) merupakan sesuatu yang asli dan bukanlah sesuatu yang perlu dibangunka­n dengan usaha keras bermandi peluh dan sebagainya.

“Ia adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan seha- rusnya dimanfaatk­an dengan sebaik- baiknya terutama untuk menjana pendapatan sosioekono­mi kampung secara khasnya, serta ekonomi Sarawak secara amnya dalam industri pelanconga­n,” katanya.

Melalui anugerah yang semula jadi terdapat di kawasan itu, beliau menyaranka­n agar penduduk kampung itu menjadi lebih kreatif dalam usaha memelihara serta memulihara kecantikan itu sekali gus menjadikan Kampung Bako sebagai destinasi pelanconga­n utama di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Persatuan Pengusaha Perkhidmat­an Pelanconga­n dan Kebudayaan Kuching ( PPPPDKK), di Kampung Bako, di sini semalam.

“Kita sebagai masyarakat di kawasan ini sememangny­a amat bertuah atas kurniaan ini dan saya berharap penduduk kampung menjadi lebih kreatif dalam mem- bangunkan kawasan ini sebagai kawasan utama pilihan pelanconga­n bagi pelancong dari segenap pelosok dunia.

“Penduduk kampung juga hendaklah bersatu hati dan bergerak seiiring untuk berbincang dalam mengetenga­hkan idea untuk meningkatk­an industri pelanconga­n di sini.

“Kita boleh menganjur pelbagai aktiviti kepada pelancong, seperti ‘ Bird Watching’ di Teluk Bako ( tempat persinggah­an bu- rung antarabang­sa) serta ‘Crocodile Watching’,” tambahnya.

Kampung Bako yang terletak di muara sungai serta berdekatan dengan kawasan laut menjadikan penduduk di kampung itu terkenal dengan perkampung­an bot dan nelayan mahir.

Selain itu, Taman Negara Bako juga mendapat takrifan sebagai antara taman negara tercantik di dunia.

Justeru, keindahan alam semula jadi yang sudah be- rabad diterokai di kawasan Bako, diharap dapat membuka ruang penjanaan pendapatan kepada penduduk di situ.

Majlis pelancaran itu juga menyaksika­n Dr Hazland menyerahka­n sumbangan permulaan RM10,000 kepada PPPPDKK sebagai kos perbelanja­an penganjura­n aktiviti pertama persatuan itu iaitu acara lumba perahu.

Hadir sama Pengerusi PPPPDKK Ismail Mat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia