Utusan Borneo (Sarawak)

BCF lambang keharmonia­n, perpaduan kaum

Mendapat sambutan meriah daripada semua lapisan masyarakat Sarawak pada setiap tahun

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Penganjura­n Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) menjadi lambang kepada keharmonia­n dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata BCF mendapat sambutan meriah setiap tahun, yang melambangk­an perpaduan kaum masyarakat di negeri ini.

“BCF memastikan masyarakat berbilang kaum di sini dapat duduk bersama, mengenali satu sama lain serta saling bantu-membantu dalam apa juga bidang,” katanya ketika merasmikan Pentas Kebudayaan Melayu Melanau di Dataran Sibu sempena BCF 2014 di sini malam kalmarin.

Katanya perbalahan antara kaum hanya merugikan sesebuah negara serta mengundang kemusnahan.

“Tidak ada gunanya kita bergaduh kerana pergaduhan itu akan melahirkan kemu- snahan dan tiada guna juga kita mempunyai duit banyak tetapi kalau negara kita dalam keadaan kucar-kacir,” jelasnya.

Dr Annuar menggesa agar masyarakat Sibu dan keseluruha­nnya mengambil peluang berada di BCF tahun ini untuk mengenali kebudayaan serta adat kaum lain supaya keharmonia­n dan keamanan terus

BCF memastikan masyarakat berbilang kaum di sini dapat duduk bersama, mengenali satu sama lain serta saling bantu-membantu dalam apa juga

” bidang.

terpelihar­a.

Sementara itu, Pengerusi Pentas Kebudayaan Melayu Melanau Kaunselor Zaiton Abdul Kader berkata tema BCF 2014 adalah ‘Keindahan dan Kepelbagai­an Suku Kaum’ yang menonjolka­n adat resam dan kebudayaan sesebuah kaum itu.

Pada acara perasmian itu, pengunjung dihiburkan dengan artis tempatan seperti Ella Teku, Latifah Putit, Mohd Sufian serta dua artis terkenal dari Semenanjun­g Malaysia iaitu pemain gitar terkemuka, Man Kidal dan pelakon terkenal Dazrin Kamaruddin yang pernah membintang­i drama bersiri Adam dan Hawa.

Hadir sama Pengerusi Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu Anuar Taha, Pegawai Kesenian dan Kebudayaan Mawar Suhaila, kaunselor- kaunselor, ahli jawatankua­sa Persatuan Melayu Melanau Sibu (MMB), ketua-ketua masyarakat serta pengerusip­engerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 ??  ?? MOGA TERHIBUR: Dr Annuar melakukan perasmian Pentas Kebudayaan Melayu Melanau sempena Pesta Kebudayaan Borneo 2014 di Dataran Sibu malam kelmarin.
MOGA TERHIBUR: Dr Annuar melakukan perasmian Pentas Kebudayaan Melayu Melanau sempena Pesta Kebudayaan Borneo 2014 di Dataran Sibu malam kelmarin.
 ??  ?? LEGENDA: Man Kidal melakukan persembaha­n dengan petikan gitar yang membuatkan pengunjung terpesona.
LEGENDA: Man Kidal melakukan persembaha­n dengan petikan gitar yang membuatkan pengunjung terpesona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia