Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Dayak harus bersatu, elakkan pertelingk­ahan: Ugak

-

SIBU: Masyarakat Dayak diminta bersatu dan mengelakka­n pertelingk­ahan dari segi politik atau perkara lain yang boleh memecah- belahkan masyarakat itu.

Ahli Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong berkata perpaduan masyarakat Dayak turut menjamin masyarakat itu tidak ketinggala­n dari segi taraf hidup dan ekonomi.

“Jika kita ingin maju, elakkan diri daripada sebarang konflik yang boleh membataska­n pergaulan kita.

“Buang jauh-jauh sesuatu isu atau politik yang boleh mengakibat­kan kita berpecah-belah supaya bangsa kita dapat bersatu dan memperoleh­i segala manfaat demi kebaikan bersama.

“Jika kita terus bergaduh sesama sendiri, ia turut memberi imej tidak baik dan masyarakat lain akan beranggapa­n negatif terhadap bangsa kita,” katanya pada perasmian Pentas Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2014 sempena Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) di Dataran Bandar Sibu Fasa I, malam kelmarin.

Hadir sama Pemanca Stanley Gramong, Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur BDCF 2014 Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai, kaunselor-kaunselor serta barisan tetamu lain.

Menurut Ugak, semasa penubuhan negara dahulu semua pemimpin menetapkan semua bangsa menjadi warganegar­a dan mendapat hak sama rata bagi membolehka­n Malaysia maju dan rakyatnya bersatu.

“Jangan mensia- siakan harapan pemimpin terdahulu yang ingin melihat negara ini berkembang maju berdasarka­n perpaduan.

“Begitu juga pemimpin kita Dayak yang banyak berkorban dan bersusah- payah menyatukan bangsa kita supaya dapat hidup aman dan harmoni dengan kaum lain,” ujarnya.

Ugak juga memuji Jawatankua­sa BDCF 2014 yang berjaya menganjurk­an program berbentuk kebudayaan itu.

Katanya BDCF sudah disenaraik­an dalam kalendar pelanconga­n negeri ini bukan sahaja membawa impak kepada bandar Sibu tetapi turut mempromosi­kan kebudayaan dan warisan Dayak yang masih terpelihar­a di mata dunia.

“Siapa lagi kalau bukan kita sendiri menunjukka­n kebudayaan dan warisan kita kepada orang lain.

“Pesta ini sangat tepat sebagai landasan kita mempersemb­ahkan warisan dan kebudayaan,” jelasnya.

Sementara itu, Ugak turut menasihati ibu bapa agar menitikber­atkan pembelajar­an anak-anak mereka.

“Anak-anak bukan sahaja waris kepada kita tetapi juga kepada negara untuk mem- bawa ke pembanguna­n pesat pada masa akan datang.

“Justeru, ibu bapa harus memainkan peranan mereka dan harus menyekolah­kan anak- anak demi mempe- rolehi ilmu yang sangat berguna untuk kehidupan,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Ugak (tiga kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian Pentas BDCF 2014 di Sibu, malam kelmarin.
RASMI: Ugak (tiga kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian Pentas BDCF 2014 di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia