Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong minat anak-anak

Ibu bapa perlu sokong, bantu berkaitan minat anak-anak mereka terhadap bidang robotik, sains, teknologi: Tiong

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Ibu bapa perlu memberi sokongan dan bantuan berkaitan minat yang ditunjukka­n anak-anak mereka terhadap bidang robotik serta sains dan teknologi.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing

Sememangny­a untuk meningkatk­an pemikiran kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi amat mencabar, namun guru perlu berfikiran positif memupuk minat pelajar mereka terhadap bidang yang membawa

datang.” manfaat kepada generasi akan Datuk Seri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu

berkata tanpa sokongan ibu bapa minat anak-anak mereka seawal di bangku sekolah mungkin terkubur begitu sahaja.

Katanya sokongan guru dan pihak sekolah juga penting bagi melonjakka­n pemikiran kreatif dan inovatif pelajar.

“Sememangny­a untuk meningkatk­an pemikiran kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi amat mencabar, namun guru perlu berfikiran positif memupuk minat pelajar mereka terhadap bidang yang membawa manfaat kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Pertanding­an Robotik Kebangsaan Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah Bintulu di sini kelmarin.

Tiong berkata robotik merupakan bidang yang mampu membantu manusia dalam kerja-kerja seharian yang rumit serta mengurangk­an tenaga kerja manusia.

Justeru, para pelajar perlu merebut peluang meningkatk­an kemahiran mereka dalam bidang tersebut untuk manfaat masyarakat keseluruha­nnya pada masa akan datang.

“Setakat ini, bidang sains dan teknologi diambil perhatian serius oleh kerajaan yang telah menyediaka­n peruntukan lebih untuk memajukan bidang itu,” katanya.

Beliau berkata minat pelajar terhadap pertanding­an robotik membuktika­n mereka ada misi dan visi untuk membantu dunia pada masa depan.

Justeru, beliau mengingatk­an pelajar agar berfikiran kreatif untuk meningkatk­an kemahiran dan bersikap positif sekiranya ingin melihat usaha dan minat mereka mencapai kejayaan.

Sementara itu, wakil Pengarah Pendidikan Sarawak Abit Hong berkata sebanyak 88 pasukan daripada 162 pasukan mendaftar untuk menyertai pertanding­an itu membabitka­n kategori sekolah rendah, menengah, menengah atas dan terbuka.

Katanya pertanding­an itu merupakan landasan mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang robotik hingga ke peringkat lebih tinggi.

“Justeru, perlu banyak usaha untuk mengasah bakat dan potensi pelajar agar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulu­m seiring dengan falsafah pendidikan negara,” katanya.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Abdul Mu’in Abdul Kassim, wakil Sasbadi Sdn Bhd Eric Wong dan Pengetua SMK Bintulu Ananthan Subramania­m.

 ??  ?? KAGUM: Tiong menyaksika­n demonstras­i robotik pelajar sambil diiringi Abdul Mu’in (berdiri kiri) di Bintulu kelmarin.
KAGUM: Tiong menyaksika­n demonstras­i robotik pelajar sambil diiringi Abdul Mu’in (berdiri kiri) di Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia