Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Bintulu dominasi beberapa kategori Pertanding­an Robotik

-

BINTULU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu mendominas­i beberapa kategori yang dipertandi­ngkan dalam Pertanding­an Robotik Kebangsaan Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak pada 15 dan 16 Ogos lalu di sini.

SMK Bintulu mendominas­i kategori robotik Sputnik dengan muncul johan dan naib johan manakala tempat ketiga dirangkul SMK Chung Hua Miri.

Begitupun, SMK Bintulu yang pernah muncul dua kali dalam pertanding­an robotik peringkat kebangsaan sekadar menduduki naib johan kategori Space Station dengan johan disandang SMK Lutong Miri diikuti ketiga menjadi milik SMK Lutong Miri.

Kategori Gen II Football menyaksika­n SMK Bintulu sekadar menduduki naib johan, manakala pencabarny­a dari bahagian yang sama, SMK Bandar (Bintulu) muncul johan manakala keti- ga disandang SMK Kuching High.

Acara terbuka sekolah rendah bertemakan `Robots and Space’ pula dijuarai SJK (C) Methodist Sibu, naib juara SK Bintulu.

Anugerah Mentor Terbaik milik Shahrul Nizam Abdullah (SK Bintulu), Anugerah Persembaha­n Terbaik dan Anugerah Inovasi Terbaik disandang SJK (C) Methodist Sibu dan Anugerah Semangat Berpasukan Terbaik milik SK Bintulu.

Dalam kategori acara terbuka sekolah menengah rendah juga bertemakan ‘Robots and Space’ SMK Bintulu sekali lagi menampilka­n keunggulan­nya apabila muncul johan manakala pencabarny­a SMK Tatau naib johan.

Anugerah Mentor Terbaik milik Johnny Ling (SMK Tatau), Anugerah Persembaha­n Terbaik ialah SMK Bintulu dan Anugerah Semangat Berpasukan Terbaik disandang SMK Tatau.

Ini diikuti acara terbuka sekolah menengah atas untuk ‘Robots and Space’ didominasi SMK Tinggi Kuching yang muncul johan manakala naib johan SMT Sejingkat Kuching dan ketiga juga SMK Kuching High.

Anugerah Mentor Terbaik disandang Eng Bung Chai (SMK Kuching High), Anugerah Persembaha­n Terbaik milik SMT Sejingkat Kuching dan Anugerah Semangat Berpasukan Terbaik juga disandang SMK Kuching High.

Kategori Rocket sekolah rendah, SK St Anthony Bintulu mendominas­inya dengan muncul johan dan naib johan manakala tempat ketiga milik SJK Tung Hua Sibu.

Hadiah-hadiah pemenang disampaika­n oleh Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Pertanding­an itu merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, SMK Bintulu dan Sasbadi Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia