Utusan Borneo (Sarawak)

Jemaah haji tidak perlu bimbang MERS-CoV

Penyakit tidak banyak terjadi di Tanah Suci sebaliknya berlaku kawasan lain Arab Saudi

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Bakal jemaah haji tidak perlu risau dengan gejala penyakit berjangkit MERS-CoV yang pernah melanda Mekah sebelum ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee.

Bagamanapu­n, beliau menasihati mereka supaya sentiasa menjaga kesihatan diri sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci pada musim haji nanti.

Katanya penyakit tersebut tidak banyak terjadi di sekitar Tanah Suci sebaliknya sering berlaku di kawasan lain Arab Saudi.

“Kuman tersebut tidak begitu terdapat di kawassan Madinah dan Mekah, tetapi lebih di kawasan lain di Arab Saudi.

“Walaupun tidak dapat mengelak berlakunya jangkitan kuman tersebut, tetapi satu perkara yang perlu diambil kira ialah supaya tidak kerap pergi ke kawasan yang penuh dengan jemaah,” katanya semasa berucap merasmikan Kursus Perdana Haji Musim Haji 1435H Peringkat Negeri Sarawak Zon Sibu di Masjid An Nur, kelmarin.

Tambahnya, bakal jemaah haji dinasihati supaya sen- tiasa menjaga kebersihan ketika berada di Tanah Suci nanti.

“Apabila kita makan, sentiasala­h basuh tangan iaitu dengan membasuh kedua-dua belah tangan sekali menggunaka­n sabun sekurangku­rangnya selama lima min-

“Kuman tersebut tidak begitu terdapat

“di kawassan Madinah dan Mekah, tetapi lebih di kawasan lain di Arab Saudi. Dr Annuar Rapa’ee ADUN Nangka

it,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kerana berpendapa­t permaidani yang berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mudah dihinggapi kuman kerana sering dipijak oleh jemaah yang menunaikan solat di sana dan sudah pasti apabila bakal jemaah haji bersolat di tempat tersebut, secara tidak langsung akan menyentuh permaidani tersebut.

Di samping itu katanya, penyakit tersebut kebanyakan­nya hanya akan menyerang individu yang mempunyai masalah paru-paru.

“Ia hanya akan berjangkit apabila seseorang itu menghidap penyakit paru-paru. Oleh itu jemaah haji tidak perlu berasa risau terhadap penyakit tersebut,” jelasnya.

Pada masa yang sama, dalam ucapan alu-aluannya Pengurus Besar Bimbingan Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, Tabung Haji (TH) telah membelanja­kan kos berjuta ringgit dalam menganjurk­an kursus-kursus haji di seluruh negara.

“Kosnya mencecah hampir RM3.6 juta dan ini tidak termasuk tanggungan TH bagi setiap orang jemaah haji Muassasah iaitu sebanyak RM6,175 seorang, bagi mengekalka­n kos pergi haji sebanyak RM9,980 seorang pada tahun ini.

“Jumlah tanggungan haji keseluruha­n TH setiap tahun adalah melebihi RM130,” jelas Aziz kepada 118 bakal haji dari bahagian Sibu, Sarikei dan Mukah pada perasmian Kursus Perdana Haji itu.

Pengarah TH Negeri Sarawak Hamid Awang, Pengurus Daerah TH Sibu Mohammad Salim, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad, ketua-ketua jabatan dan sahabat korporat antara yang hadir pada majlis itu.

 ??  ?? BANTUAN KERAJAAN: Entulu (tujuh kanan) menyampaik­an geran MRP kepada Tuai Rumah Bantan (tiga kiri) sambil diperhatik­an yang lain, malam Jumaat lalu.
BANTUAN KERAJAAN: Entulu (tujuh kanan) menyampaik­an geran MRP kepada Tuai Rumah Bantan (tiga kiri) sambil diperhatik­an yang lain, malam Jumaat lalu.
 ??  ?? RASMI: Dr Annuar (kiri) menyerahka­n beg kepada pasangan bakal jemaah haji sekali gus merasmikan Kursus Perdana Haji petang kalmarin.
RASMI: Dr Annuar (kiri) menyerahka­n beg kepada pasangan bakal jemaah haji sekali gus merasmikan Kursus Perdana Haji petang kalmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia