Utusan Borneo (Sarawak)

Mawan hadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 anjuran MDS

-

KABONG: Ahli Parlimen Saratok Tan Sri Mawan Ikom berkesempa­tan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 anjuran Majlis Daerah Saratok (MDS) yang berlangsun­g di Gerai Baharu Kabong dekat sini baru-baru ini.

Dalam ucapannya beliau menyeru agar rakyat sentiasa mengamalka­n perpaduan dan hidup bersatu padu dengan amalan murni mencakupi segenap kelompok masyarakat yang hidup berbilang kaum dan agama.

Selain itu katanya, semangat kerjasama yang menjadi tunjang perpaduan harus dikekalkan dan menjadi panduan agar kita dapat terus mengecapi kehidupan dalam penuh harmonian seterusnya dapat bersama memajukan negara.

“Ketua masyarakat sebagai pemangkind­anmemainka­nperanan yang cukup penting dalam menyatupad­ukan rakyat.

“Dalam pada itu kerjasama antara rakyat dan pemimpin dapat menyumbang kepada kerancakan pembanguna­n dan kemajuan kerana adanya kesepakata­n antara keduadua pihak,” katanya.

Majlis itu juga bertujuan mengeratka­n lagi hubungan antara kakitangan MDS dan peniaga-peniaga gerai baharu serta penduduk Kabong.

Majlis itu juga dimeriahka­n dengan kehadiran hampir 700 penduduk Kabong.

Pada majlis itu Mawan turut menyampaik­an cek bernilai RM150,000 kepada penghulu Kampung Kabong untuk pembesaran Tanah Perkuburan Islam Kabong yang terletak berhampira­n Kampung Baru Kabong sebagaiman­a yang dijanjikan semasa lawatan Ketua Menteri ke daerah Kabong, Jun lalu.

Sementara itu, ADUN Kalaka Datuk Abdul Wa- hab Aziz dalam ucapannya berkata kerajaan Barisan Nasional(BN) tidak pernah mengabaika­n rakyat.

Ini terbukti dengan pelbagai pembanguna­n yang telah diberikan kepada rakyat.

Menurutnya, biarpun pelbagai isu yang disuarakan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab, namun semua itu telah dapat ditangkis dengan keupayaan dan kemampuan kerajaan menyelesai­kan masalah tersebut.

“Apapun masalah yang dihadapi dalam menguruska­n pembanguna­n akan kita atasi bersama.

“Kerajaan juga telah menyediaka­n pelbagai kemudahan yang lengkap untuk dinikmati bersama.

“Oleh itu kerjasama semua pihak untuk turut serta dalam menggemble­ng tenaga bersama menyumbang kepada pembanguna­n,” katanya.

 ??  ?? TIDAK KEKOK: Mawan (kiri) turut bertandak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 anjuran Majlis Daerah Saratok baru-baru ini. Turut serta Abdul Wahab (tengah).
TIDAK KEKOK: Mawan (kiri) turut bertandak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 anjuran Majlis Daerah Saratok baru-baru ini. Turut serta Abdul Wahab (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia