Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an berkualiti jadi keutamaan pengusaha taska

-

KUCHING: Perkhidmat­an berkualiti perlu menjadi keutamaan pengusaha taska dan bukan mengaut keuntungan semata- mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata, ia selari dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi akan datang yang bijak selain memiliki karakter baik dan seimbang.

“Kanak- kanak sekarang merupakan pemimpin masa depan, jadi kita perlu memberi mereka peluang pendidikan lengkap dengan pakej kondusif termasuk persekitar­an persekolah­an dan modul pendidikan.

“Kesemua aspek ini penting untuk melahirkan generasi masa depan yang bijak,” katanya pada sambutan Hari Taska kelmarin (Sabtu).

Menurutnya, pendaftara­n taska dengan Jabatan Kebajikan Sosial hendaklah diutamakan untuk standard perkhidmat­an dapat diseragamk­an dan dipertingk­atkan.

Sejak akhir-akhir ini katanya, beberapa insiden berlaku disebabkan kecuaian pengasuh taska.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana panduan sudah diberikan dan patut dipatuhi untuk mengelak insiden tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong menjelaska­n, ibu bapa juga harus menjalin kerjasama pintar dengan taska agar anak-anak sentiasa dijaga dengan rapi.

“Penguasaha taska patut mendidik ibu bapa agar tidak menyerahka­n tanggungja­wab sepenuhnya untuk menjaga anak mereka,” jelasnya.

Sambutan Hari Taska dianjurkan Persatuan Pengasuh dan Pendidik Awal Kanak- Kanak Sarawak (3Paks).

Setakat ini terdapat 31 taska berdaftar di bawah 3Paks di Kuching, Kota Samarahan, Limbang, Sarikei dan Miri.

Hadir sama Pengerusi 3Paks Juiter Abang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia