Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa mendengar keperluan dan masalah rakyat

-

SIBU: Kerajaan Barisan Nasional ( BN) sentiasa mendekati rakyat untuk mendengar keperluan dan masalah mereka tanpa mengira di bandar mahupun luar bandar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, ketulusan BN jelas dilihat di mana mereka sentiasa bersama rakyat, bukan hanya pada musim pilihan raya.

“Begitu juga dengan pelbagai lawatan saya ke rumah- rumah panjang di sekitar Selangau ini. Sebagai wakil rakyat Parlimen Selangau, saya tetap melawat rumah panjang untuk bertemu rakyat.

“Bukan hanya pada pilihan raya sahaja. Usaha ini penting agar wakil rakyat BN dapat mengenal pasti dan menyelesai­kan masalah dan keperluan penduduk,” jelasnya ketika menyempurn­akan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsun­g di Rumah Bantan, Ulu Pasai, malam Jumaat lalu.

Pada majlis itu, Entulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh menyampaik­an geran projek kecil luar bandar ( MRP) bernilai RM8,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Bantan.

Selain itu, Entulu yang juga Ahli Parlimen Selangau mengumumka­n akan membantu menyiapkan projek pembinaan jalan masuk ke Rumah Bantan sepanjang kira-kira 50 meter.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Chumang Nyambong, Penghulu Michael Jelani, Kaunselor Dr Ali Puji, Kaunselor Andrewson Ngalai, Kaunselor Surang Takin serta penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia