Utusan Borneo (Sarawak)

Pengwujuda­n Bomba Air di peringkat perbincang­an

Bomba Limbang belum terima maklumat, keputusan daripada pengarah dan pengurusan jabatan: Anuar

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Cadangan mewujudkan Bomba Air di kawasan pesisir sungai seperti yang dilaksanak­an di Balai Bomba Air Muara Negara Brunei masih dalam peringkat perbincang­an untuk dilaksanak­an di negeri ini.

Ketua Bomba Zon Limbang Anuar Shazat Merdzuki berkata setakat ini pihaknya belum menerima maklumat dan keputusan daripada pengarah dan pengurusan jabatannya.

Katanya cadangan mewujudkan Bomba Air seperti diutarakan wakil rakyat di bahagian ini susulan tragedi kebakaran di Kampung Seberang Kedai Limbang dan terbaharu Kampung Manangah Awat-Awat di Lawas merupakan cadangan terbaik untuk menangani kebakaran di kawasan pesisir sungai.

“Memang ada perbincang­an di peringkat jabatan untuk mewujudkan pasukan Bomba Air di perkampung­an sungai di negeri ini.

“Malah, ketua pengarah bomba juga ada melakukan lawatan ke Brunei dalam perancanga­n untuk melaksanak­an Bomba Air di Sarawak,” katanya mengulas keperluan mewujudkan Bomba Air pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Balai Bomba Limbang (BBL) di sini kelmarin.

Anuar berkata, jika dilaksanak­an nanti Bomba Air merangkumi komponen bot dan pam air daripada bot terbabit dan kelengkapa­n memadam lain.

Sementara itu, pihaknya menyasar untuk menubuhkan lebih banyak Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di sini, khususnya sebagai persiapan

Memang ada perbincang­an di peringkat jabatan untuk mewujudkan pasukan Bomba Air di perkampung­an

” sungai di negeri ini. Anuar Shazat Merdzuki Ketua Bomba Zon Limbang

menangani kes kebakaran melibatkan kawasan sukar dihubungi melalui jalan darat.

Anuar memberitah­u, setakat ini hanya ada lima PBS di bahagian ini yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

“Ia melibatkan dua PBS di Kampung Seberang Kedai dan Kampung Merasam di Limbang dan PBS Kuala Lawas, Punang dan Ba’Kelalan di daerah Lawas,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap respons daripada masyarakat dan penduduk kampung yang kurang berminat menubuhkan PBS di kawasan mereka termasuk di Kampung Awat-Awat.

“Kami menggalakk­an lebih ramai masyarakat dan penduduk kampung mendaftar untuk menubuhkan PBS di kawasan mereka khususnya ketika berdepan kes kebakaran,” tambahnya.

Anuar berkata, pihaknya mempunyai tiga peringkat melibatkan Bomba Profesiona­l (BP), Pasukan Bomba Bantuan selain PBS seperti yang dilaksanak­an di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau berkata BBL masih berdepan masalah dan kekurangan anggota.

“Pada masa ini, BBL hanya mempunyai 21 anggota yang bekerja dua syif dalam tempoh 24 jam.

“Bagi satu syif hanya ada 10 anggota termasuk mereka yang mengambil kursus, cuti sakit dan sebagainya,” katanya.

Oleh itu, syif berkenaan perlu diubah untuk 12 jam bagi tiga syif bagi mengelak anggota keletihan dan beban kerja yang terlalu banyak.

“Dari segi anggota, kami memang berdepan kekurangan anggota berbanding keluasan kawasan untuk kes kecemasan dan kebakaran,” jelasnya.

Selain itu, ditanya berhubung kemudahan lain Anuar berkata jentera yang disediakan jabatan itu sudah mencukupi dan canggih untuk menangani kes kecemasan.

Turut hadir Ketua Unit Bahagian Penyiasata­n Kebakaran, JBPM Limbang Mohd Farbu Awang Abdul Hamid dan Ketua BBL Kurong Beki.

 ??  ?? BAKAL DIROBOH: Lawrence (kanan) memeriksa gerai haram konkrit yang dibina di Pasar Tamu Pujut Corner di Miri.
BAKAL DIROBOH: Lawrence (kanan) memeriksa gerai haram konkrit yang dibina di Pasar Tamu Pujut Corner di Miri.
 ??  ?? SUASANA RAYA: Anuar (lima kiri), Farbu (empat kiri), Kurong (kiri) bersama anggota dan PBS Kampung Seberang Kedai dan Merasam pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Limbang kelmarin.
SUASANA RAYA: Anuar (lima kiri), Farbu (empat kiri), Kurong (kiri) bersama anggota dan PBS Kampung Seberang Kedai dan Merasam pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia