Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan kurang berkemampu­an tidak pernah disisihkan: Francis

-

SRI AMAN: Kerajaan tidak pernah menyisihka­n golongan yang kurang berkemampu­an sebaliknya mereka diberi perhatian serius.

Menteri Muda Pembanguna­n Luar Datuk Francis Harden Hollis berkata kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakya tanpa mengira kedudukan, pangkat dan sebagainya.

“Inilah sebenarnya keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional (BN), semua ma- salah rakyat diambil kira tanpa mengira kedudukan rakyat,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan anjuran Pertubuhan Meninggika­n Akhlak Che Chuan Khor Simanggang di sini semalam.

Menurutnya, sesebuah kerajaan yang mantap tidak melupakan jasa rakyat sebaliknya akan menyalurka­n setiap bantuan mengikut kehendak rakyat.

Oleh itu, rakyat jangan memikirkan kerajaan meminggirk­an mereka sebaliknya kerajaan tidak pernah meminggirk­an rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar.

“Setiap masalah dihadapi rakyat diambil kira dan kerajaan berusaha membantu menyelesai­kan masalah dihadapi rakyat,” jelasnya.

Seramai 250 golongan kurang bernasib baik sekitar Sri Aman menerima sumbangan keperluan dapur seperti beras dan sebagainya.

Hadir sama Temenggung Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua, Kapitan Tay Siaw Chuan, Pengerusi Pertubuhan Kapitan Kuek Aik Seng serta ahli- ahli persatuan.

Pada majlis itu, Harden mengumumka­n peruntukan sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan tersebut untuk menjalanka­n aktiviti tahunan mereka.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Harden (tengah) menyampaik­an bantuan kepada seorang penerima manakala Sii (tiga kiri) turut menyampaik­an sumbangan kepada penerima sambil diperhatik­an yang lain.
RINGANKAN BEBAN: Harden (tengah) menyampaik­an bantuan kepada seorang penerima manakala Sii (tiga kiri) turut menyampaik­an sumbangan kepada penerima sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia