Utusan Borneo (Sarawak)

AADK Kelantan cadang bina rumah komuniti di setiap daerah

-

PASIR PUTEH: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan bercadang membina rumah komuniti di setiap daerah negeri ini bagi mendekatka­n agensi itu dengan masyarakat.

Penolong Pengarah AADK Kelantan, Khairul Azmi Ahmad berkata sehingga kini tujuh rumah komuniti telah dibina iaitu diBachok, PasirPuteh, Tumpat, Gua Musang, Kota Baharu, Machang dan Pasir Mas.

Badan bukan kerajaan terutama persatuan belia boleh menggunaka­n rumah komuniti berkenaan sebagai tempat melaksanak­an aktiviti bersama masyarakat terutama berkaitan usaha membendung penyalahgu­naan dadah, katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Rumah Komuniti Pasir Puteh di sini, semalam.

Beliau berkata guru juga boleh menggunaka­n rumah komuniti berkenaan bagi menjalanka­n kelas bimbingan kepada pelajar.

Katanya seorang pegawai AADK akan ditugaskan bagi menguruska­n rumah komuniti berkenaan di samping melaksanak­an kempen membantera­s penyalahgu­naan dadah terutama dalam kalangan remaja. — Bernama

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan segera perlu diambil terhadap pasangan suami isteri itu kerana perbuatan yang dilakukan adalah tidak ber- tanggungja­wab dan tidak beretika.

“Sebab itu polis mengambil tindakan segera dan menangkap pegawai bank berkenaan yang telah membolosi akaun bank. Kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut agar ia menjadi pengajaran kepada manamana ( pegawai) institusi kewangan untuk tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata pega- wai bank tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian kerana perbuatan itu telah melanggar etika kerja sebagai individu yang dipertangg­ungjawabka­n untuk menjaga akaun pelanggan.

“Pada pendapat saya pihak bank juga perlu bertanggun­gjawab dalam kes ini dengan membayar pampasan dan tuntutan insurans kepada keluarga mangsa kerana perbuatan itu tidak amanah dan tidak berintegri­ti,” katanya.

Pegawai bank itu ditahan pada Khamis lepas di rumahnya di Ampang kira-kira jam 4 petang manakala suaminya ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahka­n ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Akaun berkenaan masingmasi­ng milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluara­n dan pemindahan secara mencurigak­an daripada empat akaun berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Tiga lelaki dibawa keluar dari bilik reman Mahkamah Majistret di George Town semalam selepas mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan pesta bogel di Pantai Telok Kampi, Taman Negara, Teluk Bahang baru-baru ini.
— Gambar Bernama DIREMAN: Tiga lelaki dibawa keluar dari bilik reman Mahkamah Majistret di George Town semalam selepas mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan pesta bogel di Pantai Telok Kampi, Taman Negara, Teluk Bahang baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia