Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 50 NGO buat laporan polis terhadap N.Surendran

-

KUALA LUMPUR: Lebih 50 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO bahagian di beberapa buah negeri membuat laporan polis semalam bagi mendesak agar tindakan undang-undang diambil ke atas Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran berhubung kenyataann­ya yang disifatkan menghina sistem perundanga­n negara.

Di Alor Setar, KEDAH, 50 NGO dan beberapa UMNO bahagian membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Pengerusi Persatuan Sahabat Perdana Menteri Negeri Kedah Datuk Ghazali Ibrahim berkata semua pihak mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap Surendran yang dilihat bertujuan menghasut orang ramai.

“Kita lihat tayangan video itu cenderung untuk menghasut orang ramai agar meragui sistem kehakiman di negara ini serta membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya selepas membuat laporan polis.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata pihak berkuasa perlu menyiasat kes itu dengan teliti dan mengambil tindakan tegas terhadap Surendran yang dianggap melampau kerana sering mengeluark­an kenyataan berunsur hasutan dan tidak berasas.

Di SUNGAI PETANI, enam laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda semalam bagi mendesak agar tindakan serupa diambil ke atas Surendran.

Antara yang tampil membuat laporan polis termasukla­h Pemuda UMNO negeri Kedah, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Kuala Muda, UMNO Bahagian Merbok, dan Belia 4B Merbok.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata Pemuda UMNO Kedah menyifatka­n kenyataan yang dibuat menerusi video di laman sosial YouTube sebagai satu penghinaan secara nyata terhadap mahkamah.

Katanya justeru mereka menggesa tindakan segera di- ambil agar Surendran dibawa ke muka pengadilan, katanya kepada pemberita.

Shaiful Hazizy berkata Pemuda UMNO Kedah turut mempertika­i sikap berat sebelah yang dimainkan pembangkan­g yang mana memuji sistem kehakiman dan perundanga­n sekiranya keadaan berpihak kepada mereka.

Di Jasin, MELAKA, Ketua UMNO bahagian Jasin Datuk Ahmad Hamzah menggesa polis menjalanka­n siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Surendran kerana dengan sengaja menghina institusi kehakiman negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat satu laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis Merlimau.

Laporan polis yang dibuat kira- kira jam 10.30 pagi tadi turut disertai beberapa kepimpinan UMNO Jasin termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sungai Rambai Datuk Hasan Abdul Rahman dan ADUN Merlimau Roslan Ahmad. — Bernama

Pada pendapat saya pihak bank juga perlu bertanggun­gjawab dalam kes ini dengan membayar pampasan dan tuntutan insurans kepada keluarga mangsa kerana perbuatan itu tidak amanah dan tidak

” berintegri­ti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia