Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu kreatif hiasai premis dengan Jalur Gemilang

-

ALOR SETAR: Rakyat Kedah diminta lebih kreatif ketika menghiasi premis perniagaan dan kediaman mereka dengan Jalur Gemilang bagi menyemarak­kan lagi sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-57.

Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata dengan kreativiti tersendiri, ia mampu menyemarak­kan lagi semangat kemerdekaa­n dalam diri mereka.

Katanya, rakyat juga boleh mempelbaga­ikan kreativiti yang unik seperti mencipta sesuatu replika yang dihiasi Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara ini yang aman dan makmur ini.

Beliau turut menyeru rakyat untuk berkorban dengan mengeluark­an peruntukan sendiri membeli Jalur Gemilang bagi menghiasai premis mereka.

“Mereka tak perlu bergan- tung kepada kerajaan sahaja untuk mendapatka­n Jalur Gemilang secara percuma. Mereka perlu mengibarka­n Jalur Gemilang pada kenderaan dalam usaha menarik perhatian orang lain turut bersama mengibarka­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat negeri di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim dekat sini semalam.

Tajudin berkata walaupun Hari Kemerdekaa­n disambut sederhana sebagai tanda simpati terhadap tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 dan MH370, kibaran Jalur Gemilang perlu diteruskan dengan memenuhi setiap sudut di negeri ini.

Pada majlis itu Tajudin turut menyerahka­n Jalur Gemilang kepada jabatan dan agensi kerajaan Persekutua­n dan melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan awam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEMANGAT KEMERDEKAA­N: MohdTajudi­n (baju merah) melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan selepas pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat negeri Kedah di Kompleks Penerangan dan Penyiaran negeri di Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama SEMANGAT KEMERDEKAA­N: MohdTajudi­n (baju merah) melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan selepas pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat negeri Kedah di Kompleks Penerangan dan Penyiaran negeri di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia