Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM komited laksanakan Ops Cantas, bukan bermusim

-

KULIM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih komited menjalanka­n Ops Cantas Khas bagi mengekang aktiviti kongsi gelap di negara ini dan ia bukan dijalankan secara bermusim.

Pengarah Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata meskipun tanpa banyak publisiti pihak polis sentiasa memantau kegiatan pihak-pihak tertentu.

“Operasi tersebut sentiasa dijalankan polis dan bukanlah operasi bermusim seperti ramai pihak yang beranggapa­n sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Balai Polis Kulim Hi Tech Park di sini semalam.

Sehubungan itu, Salleh berkata rakyat di negara ini jangan terlalu risau dan bimbang berhubung aspek kes- elamatan dalam negeri kerana PDRM mempunyai logistik dan tenaga mencukupi untuk mengawal keselamata­n dan kenteraman awam.

Beliau berkata pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja mempunyai tenaga, ketahanan dan penguatkua­sa yang mampan tetapi berpengala­man dalam mengendali­kan sebarang situasi termasuk kegiatan jenayah, penyeludup­an manusia serta aktiviti kongsi gelap.

Salleh yang akan bersara wajib 1 Sept ini juga menyaranka­n agar masyarakat terus bekerjasam­a dengan PDRM dalam usaha mewujudkan ketenteram­an awam dan keselamata­n yang terjamin.

“Kami akan sentiasa memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi khususnya dalam usaha mencegah dan mengurangk­an kadar jenayah di kawasan yang mereka di- ami,” katanya.

Bangunan baharu balai polis untuk kemudahan hampir 40,000 penduduk kawasan perumahan sekitar Kawasan Perindustr­ian Teknologi Tinggi Kulim berharga RM14.7 juta itu siap dibina pada Ogos 2011 dan diduduki Ogos 2012.

Ia menempatka­n 60 anggota, pegawai dan seorang Ketua Balai Polis berpangkat Inspektor.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim dalam ucapannya berkata indeks jenayah Kedah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini menurun kepada 14 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Oleh itu, beliau menggesa agar masyarakat terus bekerjasam­a membantu polis dalam usaha membantera­s pelbagai jenayah khususnya kegiatan pecah rumah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia