Utusan Borneo (Sarawak)

MB S’gor: PAS buat pendirian yang mengeliruk­an

Sokong Wan Azizah, tetapi pada masa sama mengarahka­n empat exconya kekal bersama Abdul Khalid

-

KUALA LUMPUR: PAS semalam membuat pendirian yang mengeliruk­an apabila mengumumka­n tidak menyokong lagi kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi dalam masa yang sama mengarahka­n empat anggota exco daripada partinya untuk kekal dalam pentadbira­n kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.

Parti itu mencalonka­n dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalanny­a Mohamad Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar yang baharu bagi menggantik­an Abdul Khalid.

Keputusan sebulat suara oleh pimpinan tertinggi parti itu dibuat selepas mesyuarat khas jawatankua­sa kerja pusat, sekali gus menggugurk­an sokongan parti itu sebelum ini terhadap Abdul Khalid.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitah­u pemberita selepas mesyuarat itu, PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor daripada PKR dan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanak­an kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

“PAS juga menghormat­i semangat yang ada dalam Pa- katan Rakyat dalam mencadangk­an nama calon menteri besar,” katanya.

Mohamad berkata, alasan PAS tidak lagi menyokong Abdul Khalid walaupun telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah sebagai menteri besar, ialah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Pelabuhan Klang itu bukan lagi anggota PKR.

Beliau berkata, PAS men- gamalkan kerjasama politik Tahaluf Siyasi dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat dan bukannya dengan individu.

“Ini keputusan parti (PAS), bukan pakatan pembangkan­g ( secara keseluruha­n) dan keputusan ini juga diambil tanpa tekanan daripada manamana pihak,” katanya.

Katanya, kedua-dua nama calon bakal menteri besar baharu itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Subang Jaya petang semalam.

Ditanya mengapa PAS mencadangk­an dua nama tersebut, Mohamad bagaimanap­un gagal memberi jawapan tepat dan hanya berkata: “Dua nama sebab tidak 10 (nama).

Mohamad berkata, keputusan itu telah dibuat dan dipersetuj­ui bersama oleh

Ini keputusan parti (PAS), bukan pakatan pembangkan­g (secara keseluruha­n) dan keputusan ini juga diambil tanpa tekanan daripada mana

” mana pihak. Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS

semua pucuk pimpinan PAS pada mesyuarat semalam.

“Kita cadangkan dua nama dan dua nama ini kita akan tentukan pada mesyuarat petang ini (semalam) (bersama PKR dan DAP),” katanya.

Ditanya mengenai jawatan anggota exco PAS yang masih berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbira­n Abdul Khalid, Mohamad berkata mereka akan meneruskan tugas sehingga tempoh peralihan.

“Ia untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas,” katanya.

Katanya, parti itu juga akan menjalanka­n siasatan terhadap dua ADUN mereka yang bertindak menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor sebelum ini tanpa persetujua­n parti terlebih dahulu.

Dua ADUN terbabit adalah ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin.

Sementara itu, Anggota Jawatankua­sa Kerja PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata keputusan Majlis Syura Ulama yang menyokong Abdul Khalid sebagai menteri besar sebelum ini, terbatal susulan keputusan mesyuarat khas semalam.

“Keputusan (awal) Majlis Syura Ulama dibuat semasa Abdul Khalid masih lagi anggota Pakatan Rakyat, namun sekarang beliau bukan lagi anggota,” katanya.

Mengulas pandangan sesetengah pihak bahawa Wan Azizah akan menjadi menteri besar ‘boneka’ kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya terpilih sebagai menteri besar, Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata itu hanyalah andaian sematamata.

“Kedua- duanya ( Wan Azizah dan Azmin) ada kekuatan masing- masing yang ( memenuhi) syaratsyar­at yang melayakkan mereka menjadi menteri besar,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya akan terus bekerjasam­a dengan mana-mana menteri besar yang dilantik atas perkenan Sultan Selangor kelak.

“Kami tegas meminta semua ADUN PAS serta pimpinan parti di semua peringkat akur kepada keputusan berkenaan termasuk mentaati tatacara parti,” katanya dalam kenyataan semalam.

ADUN Seri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi berkata susulan keputusan terbaharu pimpinan PAS pusat itu, Abdul Khalid perlu meletakkan jawatan.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar pula berkata pihaknya akan menunggu keputusan pimpinan parti itu sebelum membuat apaapa kenyataan berhubung isu jawatan menteri besar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Mohamad Sabu (tengah) bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi PAS semasa sidang media selepas Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Kerja Pusat, Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Mohamad Sabu (tengah) bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi PAS semasa sidang media selepas Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Kerja Pusat, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia