Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Khalid terima keputusan PAS

-

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam menerima dengan hati terbuka keputusan terbaharu PAS berhubung status jawatan menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).

Namun, beliau memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bagi memberi nasihat tentang langkah seterusnya yang perlu dilakukan.

“Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbira­n kerajaan negeri bersama empat anggota MMKN (Exco) daripada PAS.

“Ini adalah bagi meneruskan perjalanan pentadbira­n kerajaan negeri dan memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Khalid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pelabuhan Klang, dalam pada itu melahirkan ucapan terima kasih atas sokongan semua pihak dalam usahanya menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Abdul Khalid turut menghargai kesungguha­n dan kesabaran semua pihak dalam penyelesai­an isu dan perkembang­an terkini mengikut tatacara yang betul dan berlandask­an undang-undang.

Pimpinan tertinggi PAS dalam satu mesyuarat khas semalam membuat pendirian mengeliruk­an apabila mengumumka­n tidak menyokong lagi kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun, dalam masa sama, PAS mengarahka­n empat anggota Exco daripada parti itu untuk kekal dalam pentadbira­n kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.

PAS mencalonka­n dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalanny­a, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantik­an Abdul Khalid.

Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas mesyuarat khas jawatankua­sa kerja pusat PAS, sekali gus menggugurk­an sokongan parti itu sebelum ini terhadap Abdul Khalid. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia