Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita UMNO Pulau Pinang perlu bersatu

-

GEORGE TOWN: Wanita UMNO Pulau Pinang perlu bersatu dan berusaha bersungguh- sungguh untuk mendapatka­n kembali negeri itu daripada pemerintah­an pembangkan­g pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun berkata UMNO dan Barisan Nasional hanya mempunyai tiga tahun lebih sebelum berhadapan pilihan umum ke-14 dan tempoh itu amat penting untuk mengatur strategi.

“Sekarang ini tiada masa untuk hasad dengki jika kita terus mahu memerintah kerana yang lebih besar ialah perjuangan untuk memastikan generasi kita berjaya.

“Paling penting dan utama ialah perpaduan dalam parti. Selagi perpaduan tidak dicapai kita tidak akan memperoleh kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan persidanga­n perwakilan pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bayan Baru di sini semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Wanita UMNO juga perlu lebih kerap turun padang kerana rakyat memerlukan ‘sentuhan kasih’ dalam membela kebajikan mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian persidanga­n itu, Azizah berkata perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini perlu dipupuk dari peringkat sekolah bagi memastikan generasi akan datang terus bersatu demi kejayaan negara.

“Sememangny­a perpaduan bermula daripada keluarga dan dibawa ke sekolah, tadika, tabika, sekolah rendah dan menengah.

“Amat cantik jika anakanak kita tanpa mengira kaum boleh bersama-sama dalam sekolah yang sama, dalam aliran yang sama...dan jika kita yakin kita rakyat Malaysia dalam negara yang berdaulat kita mesti tahu bahasa kita,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia