Utusan Borneo (Sarawak)

Swansea cemari penampilan sulung Van Gaal

Gol minit kecederaan Ramsey pastikan kemenangan 2-1 Arsenal ke atas Crystal Palace di Emirates

-

LONDON, England: Swansea City mencemarka­n penampilan sulung Louis van Gaal pada perlawanan kompetetif Liga Perdana Inggeris apabila menyentak Manchester United Sabtu lepas, sementara gol minit kecederaan Aaron Ramsey menyelamat­kan maruah Arsenal.

Van Gaal membimbing Manchester United pada perlawanan kompetetif pertama di Old Trafford tetapi anak buahnya mempamerka­n aksi yang sama dari musim lepas – apabila menamatkan saingan di tangga ketujuh liga – ketika tewas 1- 2.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Swansea di Old Trafford, selepas kemenangan pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris pada bulan Januari, dan memberikan kekalahan pertama United di tempat sendiri pada perlawanan pertama musim baharu sejak 1972.

“Ia sangat mengecewak­an kerana tewas perlawanan pertama kami di tempat sendiri,” kata van Gaal, yang memberikan penampilan sulung kepada pemain berusia 20 tahun, Tyler Blackett dan Jese Lingard, 21.

“Kami kelihatan sangat cemas dalam separuh masa pertama, melakukan beberapa kesilapan dan ia menyedihka­n. Dalam separuh masa kedua, kami tidak kelihatan bermain sebagai sebuah pasukan. Kerana itu, saya bertanggun­gjawab di atas kekalahan ini.”

Ia sangat mengecewak­an kerana tewas perlawanan pertama kami di

sendiri.” tempat Louis van Gaal Pengurus Manchester United

Gylfi Sigurdsson, yang kembali ke Swansea selepas dua tahun di Tottenham Hotspur, memastikan kemenangan Swansea apabila menewaskan penjaga gol David de Gea pada minit ke- 72 selepas Wayne Routledge gaga l melakukan satu rembatan.

Sigurdsson sebelum itu mengumpan bola kepada pemain tengah, K i Sung- yueng untuk membuka jaringan buat Swansea pada minit ke- 28 sebelum kapten baharu United, Wayne Rooney, mengikat kedudukan dalam separuh masa kedua.

“Kami sudah bekerja- keras di benteng pertahanan semasa pramusim dan kami boleh meningkatk­an lagi prestasi ini,” kata pengurus Swansea, Garry Monk ketika memberitah­u BT Sport. “Tetapi ada petanda menggembir­akan dengan cara kam i bermain bersama dan gol yang kami jaringkan apabila menentang pasukan seperti Manchester United.”

Arsenal, juara Piala FA musim lepas, memulakan kempen mereka dengan kemenangan selepas gol saat akhir Ramsey memastikan kemenangan 2- 1 ke atas Crystal Palace, yang tanpa seorang pengurus selepas Tony Pulis meletak jawatan secara mengejut pada hari Jumaat. Pemain baharu, Brede Hangeland meletakkan Palace di hadapan pada minit ke- 35 apabila menyempurn­akan satu tendangan sudut Jason Puncheon. Laurent Koscielny mengikat kedudukan buat Arsenal pada minit kecederaan separuh masa pertama hasil satu tendangan percuma Alexis Sanchez.

Palace kehilangan Jason Puncheon kerana dibuang padang selepas menerima dua kad kuning dan Arsenal mengambil sepenuh kesempatan apabila menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke- 91 apabila Ramsey merembat bola muntah selepas Julian Speroni menepis satu rembatan Mathieu Debuchy.

“Pujian kepada Palace, mereka bersaing dengan sengit sekali. Mereka sangat kuat secara fizikal dan bermain dengan teratur,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika memberitah­u Sky Sports.

“Kami terus berusaha. Ia adalah salah satu kekuatan kami dan ia berhasil hari ini.”

Pada perlawanan lain, Chris Wood, dimasukkan dari bangku simpanan untuk membantu pendatang baharu liga, Leicester City, mengikat Everton 2- 2 pada perlawanan pertama mereka dalam Liga Perdana sejak 2004.

Selepas pemain baharu Leicester, Leonardo Ulloa mengikat gol pembukaan Aiden McGeady pada minit ke- 20, Steven Naismith kelihatan memastikan gol kemenangan Everton tetapi Wood mengikat kedudukan empat minit sebelum tamat permainan.

Eric Dier menikmati penampilan sulung impian bersama Tottenham Hotspur apabila menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada minit ke- 93 di West Ham United, pada perlawanan sulung pengurus baharu Spurs, Mauricio Pochettino.

Selepas pemain pertahanan Spurs, Kyle Naughton dan juga pemain pertahanan West Ham, James Collins dibuang padang, Dier dengan tenang menewaskan penjaga gol West Ham pada minit kecederaan untuk memastikan kemenangan Spurs.

“Secara jujurnya, saya tidak pasti kenapa saya berada di posisi serangan,” kata Dier, pemain pertahanan tengah yang dibeli dari Sporting Lisbon dua minggu lepas.

“Saya diberitahu bagaimana penolong pengurus memberitah­u pengurus, ‘ Apa yang dia buat di situ? ( posisi serangan)’ Dan saya sendiri tidak tahu kenapa saya berada di situ. Saya tidak biasanya berada dalam kedudukan seperti ini.”

Di The Hawthorns, pengurus baharu West Bromwich Albion, Alan Irvine, dinafikan satu kemenangan apabila Sebastian Larsson menjaringk­an gol penyamaan minit ke- 85 untuk Sunderland.

West Brom mendahului 2- 1 selepas Saido Berahino menjaringk­an dua gol selepas Lee Cattermole membuka jaringan buat Sunderland tetapi Larsson memastikan gol penyamaan.

James Chester memastikan kemenangan tipis buat Hull city apabila menewaskan Queens Park Rangers ( QPR) sementara Andreas Weimann juga memastikan kemenangan tipis 1- 0 buat Aston Villa di Stoke City. — AFP

 ?? — Gambar AFP
— Gambar AFP ?? Van Gaal meningalka­n padang selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Swansea di Old Trafford di Manchester pada Sabtu lepas. CERIA: Para pemain Arsenal meraikan jaringan Ramsey pada aksi Liga Perdana Inggeris...
— Gambar AFP — Gambar AFP Van Gaal meningalka­n padang selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Swansea di Old Trafford di Manchester pada Sabtu lepas. CERIA: Para pemain Arsenal meraikan jaringan Ramsey pada aksi Liga Perdana Inggeris...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia