Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea akan berikan saingan yang lebih kuat musim ini, tegas Mourinho

-

BURNLEY, England: Kepercayaa­n Jose Mourinho di mana pasukannya, Chelsea, kini lebih bersedia untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris, bakal berdepan ujian pertama apabila bertandang ke Burnley untuk perlawanan pertama mereka hari ini.

Musim lepas, Mourinho menegaskan bahawa anak buahnya belum bersedia untuk memburu kejuaraan liga dan beliau membuktika­n kata-katanya apabila pasukan beliau gagal mengekalka­n rentak pada akhir musim dan akur di tangga ketiga liga.

Kunci kegagalan Chelsea ialah kegagalan mereka menewaskan pasukan dari kelompok bawahan liga, dengan kekalahan di Aston Villa dan Crystal Palace ternyata antara punca utama kehilangan mata penting.

Kunjungan ke Burnley akan mewakili cabaran yang sama dengan skuad kendalian Sean Dyche berazam untuk memulakan musim baharu dengan positif selepas mengejutka­n ramai pihak apabila layak ke Liga Perdana secara automatik dengan muncul naib juara Liga Championsh­ip musim lepas.

Mourinho menuduh beberapa pemainnya kurang karektor apabila berdepan diberikan oleh Burnley.

Tetapi dengan skuadnya sudah diperkuatk­an dengan kehadiran Diego Costa, Cesc Fabregas, Filipe Luis dan kepulangan penyerang legenda, Didier Drogba, Mourinho berasa yakin Chelsea akan memberikan saingan yang lebih kuat musim ini.

“Skuad saya sangat bagus, bukan sempurna tetapi sangat bagus,” kata Mourinho.

“Skuad ini memiliki pengalaman, ia memiliki karektor dan personalit­i, ia mempunyai pemain dengan cita-cita. Kami memperbaik­i banyak posisi. Saya sangat gembira dengan skuad ini.”

Costa akan membuat penampilan kompetetif pertama di jentera serangan Chelsea ekoran perpindaha­n bernilai 32 juta pound dari Atletico Madrid sementara bekas kapten Arsenal, Fabregas – kembali ke Liga Perdana selepas beraksi di Barcelona – akan mengisi tempat di bahagian tengah dan dijangka akan mengulangi ancaman serangan seperti yang pernah dilakukan oleh Frank Lampard.

Drogba juga kembali ke Stamford Bridge selepas dua tahun ekoran kejayaan kelab memenangi Liga Juara-Juara 2012 dan Mourinho menjangkak­an bekas penyerang antarabang­sa Ivory Coast buku lali untuk beraksi pada perlawanan ini.

“Saya fikir beliau boleh bermain pada hari Isnin, saya tidak dapat memberikan jaminan tetapi kebiasaann­ya saya fikir beliau akan bermain,” kata Mourinho.

Mourinho harus membuat keputusan sama ada mahu mengekalka­n kepercayaa­n dengan Petr Cech, penjaga gol nombor satu Chelsea sejak 10 tahun terakhir atau menurunkan Thibaut Courtois, penjaga gol antarabang­sa Belgium yang kembali ke kelab selepas menghabisk­an tiga musim secara pinjaman di Atletico Madrid, dengan Courtois menjadi pilihan akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

Burnley membeli lapan pemain pada penutup musim untuk memperkuat­kan skuadnya tetapi mereka tetap menjadi antara pasukan yang berbelanja paling rendah dalam Liga Perdana.

Penyerang, Lukas Jutkiewicz adalah pembelian paling mahal mereka dengan nilai 1.5 juta pound dari Middlesbro­ugh, jauh berbeza dengan perbelanja­an untuk membeli Costa oleh Chelsea.

“Akan ada jurang perbezaan yang besar dari kemampuan kewangan, itu realitinya,” akui Dyche.

“Tetapi lihat apa yang tidak anda miliki. Kami tidak memilikiny­a ,jadi tiada makna untuk merungut. Kami harus memberikan fokus kepada apa yang kami ada dan menggunaka­nnya dengan bijak.”

Apa yang paling penting, Burnley berjaya mengekalka­n khidmat penyerang Danny Ings, 22, yang menjaringk­an 21 gol liga musim lepas dan merupakan faktor utama kejayaan kelab naik ke Liga Perdana.

Beliau dijangka akan berganding­an dengan Jutkiewicz di jentera serangan dengan Sam Vokes, yang menjaringk­an 20 gol musim lepas, tidak dapat beraksi untuk satu tempoh yang lama kerana kecederaan.

Dyche menambah pengalaman ke dalam skuad dengan membeli Matt Taylor dari West Ham United, Steven Reid dari West Brom dan Stephan Ward dari Wolves.

Dan Burnley berharap mereka boleh mengulangi kejayaan menewaskan Manchester United pada perlawanan pertama di tempat sendiri pada musim 2009/2010 – kali terakhir mereka beraksi dalam Liga Perdana.

“Apa sahaja boleh berlaku dan pada awal musim lepas, Cardiff menewaskan Man city dan saya fikir ramai tidak menjangkak­annya,” tambah

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Pemain Stuttgarte­r Kickers, Sandrino Braun (tengah) bersaing dengan pemain Dortmund, Milos Jojic (kiri) pada perlawanan Piala Jerman di Stuttgart, Jerman pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters SENGIT: Pemain Stuttgarte­r Kickers, Sandrino Braun (tengah) bersaing dengan pemain Dortmund, Milos Jojic (kiri) pada perlawanan Piala Jerman di Stuttgart, Jerman pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia